Konsep “GURU” amat luas dan pelbagai mengikut persepsi guru masing – masing dari sudut pandangan masyarakat dan pelajar. Dalam ruangan dan masa terbatas ini penulis yang juga pensyarah pendidikan jasmani Kesihatan ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pengalaman dalam konteks profesion keguruan disamping penghayatan yang tentang siapa itu guru? Yang mana itu satu guru dan bagimana ciri itu guru?
Persoalan dan kupasan ini hanya berdasarkan beberapa ciri daripada pelbagai ciri lain yang seharusnya diterjermah dalam bentuk tindakan dan perlakuan seharian sebagaii guru untuk merealisasikan hasrat murni Kementerian Pelajaran dan masyarakat ibubapa khususnya.
Guru yang berkualiti dilihat dalam skop yang boleh menyampaikan ilmu dengan efektif kepada pelajarnya. Tapi bagaimana guru tersebut boleh bertindak sebagai penyampai ilmu yang berkesan sekiranya membaca tidak dijadikan amalan dan budaya ? Adakah guru itu mampu menambah nilai ilmu, menggali ilmu dan memperolehi ilmu baru sekiranya usaha ini kurang dan tidak berterusan?
Sikap dan pemikiran positif juga sewajarnya diberi pertimbangan yang teliti dan objektif dalam menunaikan amanah ini. Maknanya segala perancangan dan tindakan harus menjurus pada aktiviti kurikulum, kokurikulum dan perancangan p & p. Perwatakan, tingkah laku dan penjelmaan sebagai seorang guru seharusnya mencerminkan bahawa dia adalah seorang guru. Bukannya jurujual, bukannya pemandu teksi, bukannya jiwa seorang kontrater dan bukannya juga seorang ahli politik. Bagaimana mungkin mereka bergelar guru yang berkualiti sekiranya dalam masa bertugas ada dalam kalangan mereka mengejar projek, berfikir tentang jawatan dalam pertandingan merebut tempat di medan politik serta sebelum dan selepas mengajar mereka jadi pemandu teksi sapu. Kita menerim alasan itu, menambah sumber dan pendapatan dan mengisi masa dan menjaga kesihatan serta kurang tension. Tapi persoalannya bagaimana masyarakat memandang fokus ini dengan penuh objektif dan pertimbangan teliti? Adakah kita tidak malu dengan tohmahan masyarakat ibubapa dan pelajar? Tidak cukup ke gaji kita? Guru harus bertanggungjawab dengan pandangan serong ini lantaran jangan ada dalam kalangan kita yang boleh merosakkan profesion keguruan sekaligus menjejaskan nama baik profesion keguruan.
Sehubungan dengan itu, minat yang mendalam juga merupakan pokok dan tunjang yang harus dipupuk, dibentuk dan dipertahan agar profesion ini tetap dianggap mulia. Masyarakat sekarang sudah risau dan ramai yang bercakap bahawa guru sekarang hanya mengejar harta dan pradigma sudah berubah.
Disamping itu, penampilan dan etika pakaian yang mencerminkan kualiti dan profesion keguruan juga sewajarnya tidak boleh dianggap mudah. Bukan senang kita bergelar seorang guru. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan kita seharusnya juga sabar dan tabah dengan persepsi masyarakat.
Kesimpulannya, ini merupakan sebahagian daripada pelbagai ciri yang boleh dijadikan landasan kea rah ke mana kita bawa “kita adakah seorang guru”
Salam untuk semua guru
Khamis, 15 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan