Khamis, 15 Oktober 2009
BINGKISAN BUAT PEMIMPIN POLITIK YANG BERAGANA ISLAM : MEREKA BUKANNYA PEMIMPIN ISLAM TETAPI PEMIMPIN POLITIK
Segelintir pemimpin politik menggunakan ruang dan pentas media dengan kaedah ceramah, nasihat dan pidato bahawa mereka adalah pejuang dan pemimpin agama islam yang sebenarnya. Menerusi media arus perdana samada TV1, TV2 mahupun TV3 mereka mendabik dada bahawa merekalah pejuang islam dan pemimpin islam bersandarkan ideologI parti yang mereka wakili.
Dalam hal ini, penulis ingin mengkritik dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan para pemimpin politik yang kononnya mereka berjuang demi agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
Assalamualikum Datuk Seri Panglima, Datuk Seri Yang Amat Berhormat Datuk, Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat dan Yang Berbahagia maafkan penulis jika melontarkan pandangan dan persepsi bahawa kalian bukanlah pemimpin islam tetapi kalian golongan pemimpin politik yang cuma beragama islam dan menggunakan agama islam untuk mengabui masyarakat islam yang sebenarnya. Pemimpin islam yang sebenar - benarnya ialah RASULULLAH dan pemimpin – pemimpin yang mengamalkan ciri – ciri islam dalam konteks hidup hariannnya iaitu menegakkan hukum ALLAH dan mencegah serta meninggalkan apa yang dilarangNYA.
Datuk Seri Panglima, Datuk Seri, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat dan Yang Berbahagia bukanlah pemimpin islam tapi kalian pemimpin politik yang beragama islam tapi bertopengkan islam. Berikut beberapa dalil yang membuktikan penulis bahawa kalian bukanlah pemimpin islam yang sebenarnya :-
· Pemimpin politik cuma menjaga politiknya dan bukan memelihara ciri dan akhlak diri dan keluarganya dari segi keislamannya. Misalnya isteri dan anak – anak kalian tidak menutup aurat dan menjaga tatacara nilai keislaman. Anak – anak jadi samseng dan tidak mencerminkan didikan keluarga islam yang sebenarnya. Berbanding dengan pemimpin islam yang sejati dan tulen mereka menjaga dan memelihara nilai islam seperti akhlak, peradaban, ciri dan tingkah laku berbapakain dalam hidup sebagai pemimpin dan keluarga islam
· Pemimpin politik cuma mampu sebagai makmum dan tidak boleh membaca Al-FATIHAH, doa dan Al – quran dengan tajwid yang betul. Ertinya tidak boleh mengimami jemaah sebagi pemimpin sholat berbanding dengan pemimpin islam yang menjadi contoh teladan dalam hal sholat, boleh menjadi imam dan pemimpin dari segi sholat berjemaah.
· Pemimpin politik menggunakan kuasa dan mengumpul harta bertimbun – timbun untuk dipertontonkan kepada masyarakat dan tinggal berhampiran dengan masjid dan surau tapi tidak turun sebagai pemimpin dalam hal – hal yang berkaitan dengan agama. Misalnya berjemaah bersama masyarakat kampung dan menyumbang serta menderma sebahagian hartanya untuk kepentingan aktiviti agama dalam masyarakat yang diwakilinya. Hal ini berbeza dengan pemimpin islam sebenarnya di mana mereka menggunakan kuasa dan harta sebahagian yang ada untuk menderma dan menyumbang kepada aktiviti keagamaan dan khususnya gerakan islamiah.
· Pemimpin politik cuma mendidik dan melatih masyarakat yang diwakilinya sebagai pengemis dan peminta sedekah. Mereka merasa bangga apabila keluar di TV – TV dan surat khabar menderma dan menyumbang RM5.00, RM50.00 serta sekampit beras. Situasi ini sebenarnya mungkin baik untuk membantu golongan miskin dan mengurangkan bebanan tapi niat wajib ikhlas di mana kalian dapat duit sedangkan gaji dan elaun kalian terhadap. Rakyat banyak kalau beri RM50.00 kalian dari mana dapat sumber? Pada penulis boleh ke kalian sebagai pemimpin betul – betul islam merubah keadaan itu dengan memastikan kaedahnya diubahsuai? Bukannya dulu, kini dan selamanya masih menjadikan rakyat sebagai pengemis. Pemimpin islam ialah pemimpin yang menjiwai keperitan, kesedihan dan kesengsaraan rakyak. Mereka turun ke dasar dan ke kampung – kampung. untuk menolong dan membantu mereka yang termampu apa seharusnya yang diberi. Taraf hidup mereka ditingkatkan, rumah usang dan reput diganti dan dibiayai serta taraf hidup mereka dibela dengan menggunakan agensi kerajaan yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup mereka. Pemimpi islam juga adil, ikhlas dan telus bukannya memperkayakan diri dan keluarga.
· Pemimpin politik tinggal berjauhan dengan masyarakat cuma apabila pilihanraya dan majlis – majlis tertentu misalnya sambutan hari raya barulah tiba. Bagaimana mereka mengetahui hal – hal dan kebajikan rakyat jika situasi ini tidak diberi perhatian. Pemimpin islam yang sejati ialah mereka yang mengutamakan rakyat, tinggal berhampiran dengan rakyat dan mengetahui hal – hal serta kebajikan rakyat.
· Pemimpin politik cuma menjaga ketua menteri dan bos – bosnya dan bukanya mendengar dan melihat keluhan rakyat. Masalah air dan lampu masih mengambat rakyat walaupun kita sudah 52 tahun lebih merdeka. Di pedalaman, di pulau dan kawasan luar Bandar masih di tahap itu juga. Apabila datang dan musim pihanraya mereka pula berjanji dan berbohong tapi bila diberi mandat, amanah dan kepercayaan dikhianati. Pemimpin islam yang sebenarnya ialah mereka yang menepati janji dan tidak berbohong serta menjaga amanah dan kepercayaan yang diberikan. Mereka jaga amanah serta ikrar mereka. Kalian pemimpin yang diamanahkan dan jangan khianati amanah tersebut. Pemimpin islam yang sebenar ialah mereka menjaga amanah dan kepercayaan rakyat. Mereka takut dengan ALLAH dan menegakkan keadilan, jujur dan bertanggungjawab. Mereka memelihara dan menjaga amanah yang diberi sebab takut dengan hukum ALLAH. Pemimpin politik tidak takut pada ALLAH tapi takut pada Ketua Menteri dan Bos – bosnya untuk tidak dicalonkan pada masa akan datang.
· Pemimpin politik mengamalkan rasuah dan kronisme sedangkan pemimpin islam takutkan dan menghindarkan diri daripada aktiviti tidak bermoral dan bermaruah ini. Ada projek untuk jalan raya, balai raya, masjid dan surau misalnya diberi pada kontrek kroni sahaja bukannya rakyat miskin yang diberi peluang dan dibimbing untuk belajar bagaimana cara dan kaedah untuk mendapatkan lessen dan projek. Di samping itu, projek juga berpersen ataupun atas nama orang lain tapi pemimpin itu juga yang punya projek. Sebab itulah walaupun peruntukann amat banyak dan berbilion – billion tapi kualiti projek jalan raya ke, balai raya ke masjid atau surau ke tidak diberi perhatian. Boleh dikatakan cuma bertahan projek – projek tersebut 3 bulan atau 3 tahun. Ertinya beberapa projek tersebut bukannya untuk keperluan dan kepentingan rakyat selamanya tapi dibina dan dirancang untuk kepentingan pemimpin politik bagaimana peruntukan kewangan tersebut keluar dan memperkayakan diri dan keluarga serta kroni mereka. Pemimpin islam yang hakiki dan berpasksikan ketakutan kepada ALLAH dan menjaga amanah rakyat ialah pemimpin yang merancang dan membina projek untuk kepentingan rakyat dan masyarakat yang diwakilinya. Jalan raya yang boleh digunakan bertahun – tahun lamanya dan ada kualiti. Balai raya dan masjid serta surau yang sesuai dengan keperluan masyarakat tersebut bukannya buat masjid dan surau tapi kambing sahaja yang belajar mengaji dan sholat berjemaah. Inilah pemimpin politik yang beragama islam sahaja tapi tidak bukannya pemimpin agama islam.
· Pemimpin politik kaya raya, kereta banyak dan mahal – mahal serta rumah banglo di sana – sini dan asset ladang kelapa sawit dan tanah yang berates hektar. Rakyat papa kedana, merempat di bumi ALLAH yang kaya raya. Pemimpin islam yang sejati dan takutkan azab ALLAH ialah pemimpin yang lebih kurang dengan rakyat jelata. Hidup bersederhana. Ada harta dan untung rakyat ditoleh dan dibantu. Pendertiaan dan kesedihan serta kesengsaraan rakyat adalah penderitaan dan kesedihan pemimpin. pemimpin mengutamakan dan mendahulukan rakyat berbanding peribadi dan keluarga.
Kesimpulannya, pemimpin wajib muhasaba diri, jenis pemimpin apa kalian?Adakah kalian tergolong dalam pemimpin politik yang beragama islam sahaja atapun kalian tergolong dalam pemimpin yang sebenar – benarnya. JANGAN MEMBOHONGI DIRI DAN RAKYAT, rakyat sudah cerdik menilai dan tahu membaca serta peka dengan perkembangan semasa. Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan “Slogan Dulu, Kini dan Selamanya Dalam Neraka. Rakyat mahu masuk syurga. Pembaca yang budiman, melalui ruangan dan bingkisan ini ayu kita berubah dan masa untuk berubah. Mereka bukanlah pemimpin islam yang unggul dan lihatlah gelagat mereka dan kelurga mereka, tapi mereka pemimpin politik yang cuma beragama islam dan tidak mengamalkan dasar dan ciri islam. Mereka bukan pemimpin islam
WASSALAM …
CIRI - CIRI GURU IDMAN
Persoalan dan kupasan ini hanya berdasarkan beberapa ciri daripada pelbagai ciri lain yang seharusnya diterjermah dalam bentuk tindakan dan perlakuan seharian sebagaii guru untuk merealisasikan hasrat murni Kementerian Pelajaran dan masyarakat ibubapa khususnya.
Guru yang berkualiti dilihat dalam skop yang boleh menyampaikan ilmu dengan efektif kepada pelajarnya. Tapi bagaimana guru tersebut boleh bertindak sebagai penyampai ilmu yang berkesan sekiranya membaca tidak dijadikan amalan dan budaya ? Adakah guru itu mampu menambah nilai ilmu, menggali ilmu dan memperolehi ilmu baru sekiranya usaha ini kurang dan tidak berterusan?
Sikap dan pemikiran positif juga sewajarnya diberi pertimbangan yang teliti dan objektif dalam menunaikan amanah ini. Maknanya segala perancangan dan tindakan harus menjurus pada aktiviti kurikulum, kokurikulum dan perancangan p & p. Perwatakan, tingkah laku dan penjelmaan sebagai seorang guru seharusnya mencerminkan bahawa dia adalah seorang guru. Bukannya jurujual, bukannya pemandu teksi, bukannya jiwa seorang kontrater dan bukannya juga seorang ahli politik. Bagaimana mungkin mereka bergelar guru yang berkualiti sekiranya dalam masa bertugas ada dalam kalangan mereka mengejar projek, berfikir tentang jawatan dalam pertandingan merebut tempat di medan politik serta sebelum dan selepas mengajar mereka jadi pemandu teksi sapu. Kita menerim alasan itu, menambah sumber dan pendapatan dan mengisi masa dan menjaga kesihatan serta kurang tension. Tapi persoalannya bagaimana masyarakat memandang fokus ini dengan penuh objektif dan pertimbangan teliti? Adakah kita tidak malu dengan tohmahan masyarakat ibubapa dan pelajar? Tidak cukup ke gaji kita? Guru harus bertanggungjawab dengan pandangan serong ini lantaran jangan ada dalam kalangan kita yang boleh merosakkan profesion keguruan sekaligus menjejaskan nama baik profesion keguruan.
Sehubungan dengan itu, minat yang mendalam juga merupakan pokok dan tunjang yang harus dipupuk, dibentuk dan dipertahan agar profesion ini tetap dianggap mulia. Masyarakat sekarang sudah risau dan ramai yang bercakap bahawa guru sekarang hanya mengejar harta dan pradigma sudah berubah.
Disamping itu, penampilan dan etika pakaian yang mencerminkan kualiti dan profesion keguruan juga sewajarnya tidak boleh dianggap mudah. Bukan senang kita bergelar seorang guru. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan kita seharusnya juga sabar dan tabah dengan persepsi masyarakat.
Kesimpulannya, ini merupakan sebahagian daripada pelbagai ciri yang boleh dijadikan landasan kea rah ke mana kita bawa “kita adakah seorang guru”
Salam untuk semua guru
CIRI - CIRI GURU IDMAN
Persoalan dan kupasan ini hanya berdasarkan beberapa ciri daripada pelbagai ciri lain yang seharusnya diterjermah dalam bentuk tindakan dan perlakuan seharian sebagaii guru untuk merealisasikan hasrat murni Kementerian Pelajaran dan masyarakat ibubapa khususnya.
Guru yang berkualiti dilihat dalam skop yang boleh menyampaikan ilmu dengan efektif kepada pelajarnya. Tapi bagaimana guru tersebut boleh bertindak sebagai penyampai ilmu yang berkesan sekiranya membaca tidak dijadikan amalan dan budaya ? Adakah guru itu mampu menambah nilai ilmu, menggali ilmu dan memperolehi ilmu baru sekiranya usaha ini kurang dan tidak berterusan?
Sikap dan pemikiran positif juga sewajarnya diberi pertimbangan yang teliti dan objektif dalam menunaikan amanah ini. Maknanya segala perancangan dan tindakan harus menjurus pada aktiviti kurikulum, kokurikulum dan perancangan p & p. Perwatakan, tingkah laku dan penjelmaan sebagai seorang guru seharusnya mencerminkan bahawa dia adalah seorang guru. Bukannya jurujual, bukannya pemandu teksi, bukannya jiwa seorang kontrater dan bukannya juga seorang ahli politik. Bagaimana mungkin mereka bergelar guru yang berkualiti sekiranya dalam masa bertugas ada dalam kalangan mereka mengejar projek, berfikir tentang jawatan dalam pertandingan merebut tempat di medan politik serta sebelum dan selepas mengajar mereka jadi pemandu teksi sapu. Kita menerim alasan itu, menambah sumber dan pendapatan dan mengisi masa dan menjaga kesihatan serta kurang tension. Tapi persoalannya bagaimana masyarakat memandang fokus ini dengan penuh objektif dan pertimbangan teliti? Adakah kita tidak malu dengan tohmahan masyarakat ibubapa dan pelajar? Tidak cukup ke gaji kita? Guru harus bertanggungjawab dengan pandangan serong ini lantaran jangan ada dalam kalangan kita yang boleh merosakkan profesion keguruan sekaligus menjejaskan nama baik profesion keguruan.
Sehubungan dengan itu, minat yang mendalam juga merupakan pokok dan tunjang yang harus dipupuk, dibentuk dan dipertahan agar profesion ini tetap dianggap mulia. Masyarakat sekarang sudah risau dan ramai yang bercakap bahawa guru sekarang hanya mengejar harta dan pradigma sudah berubah.
Disamping itu, penampilan dan etika pakaian yang mencerminkan kualiti dan profesion keguruan juga sewajarnya tidak boleh dianggap mudah. Bukan senang kita bergelar seorang guru. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan kita seharusnya juga sabar dan tabah dengan persepsi masyarakat.
Kesimpulannya, ini merupakan sebahagian daripada pelbagai ciri yang boleh dijadikan landasan kea rah ke mana kita bawa “kita adakah seorang guru”
Salam untuk semua guru
Ahad, 13 September 2009
One Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Salam Ramadhan Al – Mubarak dan salam untuk semua golongan pendidik yang tercinta,
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent Tuaran yang dirancang dan telah dilaksanakan pada 7HB SEPTEMBER, 2009 bertempat di Dewan Tun Datu Haji Mustapaha Bapa Kemerdekaan Sabah.
Sambutan tersebut merupakan wadah dan sepatutnya aktiviti yang paling bermakna lagi bersejarah dalam kalangan ahli pendidik dan bakal pendidik bagi menyahut semangat dan semarak cinta akan tanah air dan bagaimana memelihara, menjaga dan mengimbau kenangan lalu iaitu nostalgia tokoh – tokoh yang telah berjaya sedaya upaya melawan dan menentang penjajah Inggeris, portugis, belanda, jepun dan kuasa – kuasa yang seangkatanya dengannya untuk membebaskan Negara dan negeri khususnya daripada penjajahan mental dan fizikal.
Tapi dalam hal ini, penulis ingin dan cuba mengajak pembaca dan pemikir untuk sama – sama merenung, menghayati adakah objektif dan matlamat yang dlaksanakan ini tercapai? Penulis berpendapat bahawa pihak pengurusan telah cuba sedaya mungkin untuk mencapai hasrat dan visi yang murni ini dan diucapkan syabas dan tahniah lantaran sekurang – kurangnya pengisian aktiviti telah dibuat memenuhi slogan One Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dengan menjemput penceramah daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah.
Objektif kurang dan tidak tercapai, matlamat gagal digapai dalam konteks apa itu kemerdekaan dan bagaimana mengisi erti dan sebuah kemerdekaan untuk golongan pendidik dan bakal pendidik. Pentadbir pada penulis telah gagal memainan peranan dan tanggungjawabnya menggalas tugas murni ini sesuai dengan profesionnya untuk merealisasikan wawasan KEMERDEKAAN berdasarkan hujah berikut:
Penceramah yang dijemput kurang dan tidak mampu menyakinkan hadirin dengan fakta, konsep dan pengertian apa itu merdeka dan peranan pendidik serta pelajar untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Tetapi penceramah cuba menerangkan pemimpin politik dan kerajaan harus dipertahankan dan pmbangkang dikutuk, dicerca dan dihina habis – habisan. Bagaimana tugas tuan untuk mewujudkan konsep One Malaysia jika semangat dan jiwa masih dikongkong oleh pemikiran dan minda dulu, kini dan selamanya yang masih cuba mengelirukan, memperbodohkan dan menyesatkan pendengar daripada fakta sebenarnya. Baca sejarah dan perjuangan tokoh – tokoh kemerdekaan misalnya, Mat Salleh (Sabah), Tun Datu Haji Mustapha pejuang Kemerdekaan Sabah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya, bukan tokoh – tokoh pemimpin politik pasca merdeka. Mereka mengisi erti kemerdekaan untuk memimpin rakyat dan Negara Malaysia khususnya.
Pihak pengurusan seharusnya memilih pendekatan lebih kepada penghayatan dan pengisian ilmu yang berkaitrapat dengan peranan profesioan keguruan dalam usaha mewujudkan One Malaysia melalui aktiviti Sambutan ini. Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sepatutnya disesuaikan dengan IPGM, Kampus Kent. Misalnya Pelajar Didahulukan Pencapaian Akademik Diutamakan. Pentadbir mengajak dan membawa senario ini kepada penceramah agar hujahan tersebut lebih kepada peranan, amanah, akhlak dan adab dalam mengisi erti kemerdekaan selepas merdeka bukannya, India, Cina, Ketuaan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
Pihak pentadbir sepaututnya menjemput satu tokoh yang benar – benar menjadi teladan yang baik dan faham, tahu serta terlibat dengan KEMERDEKAAN. Bukan menjemput jiwa yang terkongkong, minda yang beku dan lesu dan minda yang dijadikan kuda tunggangan.
Pihak pentadbir seharusnya memberi peluang dan menghargai tokoh – tokoh pendidik yang berwibawa, berkarisma dan berajasa pada profesion pendidikan misalnya, tokoh dari Sabah Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Hj. Mohd. Taha, Mantan Pengarah Pelajaran Sabah. Akhlak, akademik, adab dan contoh boleh jadi imam baca Al – FATIHAH dengan tajwid yang betul
Masa yang kurang sesuai iaitu jam 1.00 ptg hingga 3.00 petang dikala golongan muslim berpuasa dan golongan lain yang belum makan dan berehat. Fikir – fikirlah. Pelaksanan ada makna dan kesannya harus menyeluruh bukannya asal buat.
Kesimpulannya, sambutan kemerdekaan ini wajar diperbaiki dan bebaskan golongan pendidik dan pelajar untuk diheret berpolitik, bebaskan minda dan perwatakan mereka daripada dijajah oleh minda politik, kepentingan politik dan hasutan politik serta diarah berpolitik. Mereka diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk mengisi kemerdekaan dengan tugas yang murni iaitu membina dan membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara. Bukannya diapi – apikan untuk membenci kaum – kaum yang lain. BANGSA MALAYSIA merujuk bangsa yang menguni bumi Malaysia secara sah.
WASSALAM DAN SALAM KEMERDEKAAN UNTUK WARGA PENDIDIK
“Pelajar Didahulukan, Pencapaian Akademik Diutamakan”
Isnin, 7 September 2009
BARAKAH BULAN RAMADHAN
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUT PENDIDIKAN – BARISAN PENTADBIR TONGGAK UTAMA
Teras yang cuba penulis kupas dan ulas untuk dibincang bersama, diteliti bersama dan dikongsi bersama ialah teras melonjakkan kecemerlangan insitut pendidikan. Bagaimana hasrat dan hala tuju murni ini menjadi realiti sedangkan dalam masa yang sama barisan pentadbir institut, kolej awam dan swasta serta sekolah bantuan penuh kerajaan masih lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam usaha bagaimana kaedah dan cara melaksanakan instrument yang menjadi perkara pokok untuk melonjakkan kecemerlangan tersebut. Selain daripada itu apakah aspek – aspek yang menjadi Kriteria dan keutamaan untuk dfikir bersama, dibincang bersama untuk dirancang sehingga institute, kolej dan sekolah tersebut cemerlang dalam erti segala – galanya.
Dalam situasi ini, penulis melontarkan idea bahawa hala tuju ini akan sukar dicapai dan kemungkinan gagal dicapai memandangkan kerangka dan pradigma pemikiran pentadbir dan pengurus yang diberi amanah dan tanggungjawab masih mengamalkan dan melaksanakan tugas berikut:
Pentadbir dan pengurus kurang prihatin dan saying akan institut, kolej dan sekolah lantaran mereka tinggal jauh dari kawasan tempat bertugas sedangkan rumah kerajaan disediakan untuk kemudahan mereka menjalankan tugas dan sanggup berkorban. Mana mungkin mereka tahu dan lihat situasi institut, kolej dans ekolah keseluruhannya?
Pentadbir dan pengurus mudah bercakap wawasan, hala tuju matlamat dan objektif sahaja tapi iklim pembelajaran tidak diberi perhatian serta fokus utama. Merdeka 52 tahun lebih tapi kelas – kelas kurang dan tidak diberi perhatian. Lantai sepatutnya bertikar, bilik berkipas dan berhawa dingin serta dilengkapi dengan fisiliti almari, langsir dan sebagainya sesuai dengan situasi menggalakkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan
Pentadbir dan pengurus hanya mampu dan berusaha bersungguh – sungguh untuk menjaga projek daripada kontrekter, pembekal dan agensi yang membaik pulih ini dan itu. Baik dan prihatinnya kerajaan memperuntukkan terlalu banyak dana dan bajet untuk kegunaan P & P dan pengurusan keceriaan dan keindahan zon institute, kolej dan sekolah tapi pentadbir hanya berminat setiap kali minggu,bulan dan tahun kopek dinding pejabat, ganti dinding dan mozek tandas, pintu bilik guru dan sebagainya tanpa memberi keutamaan terhadap kebajikan pelajar yang berhubung kait dengan bilik darjah. Misalnya fasiliti LCD, PA.S istem, mikrofon yang berkualiti dan aspek – aspek yang penting dalam P & P.
Pentadbir dan pengurus hanya asyik dan berminat saban hari bermesyuarat untuk merancang sehingga mengganggu tugas dan amanah rutin harian. Merancang dan berbincang banyak tapi keputusan sudah dibuat dan bila melaksanakan tak nampak.
Pentadbir dan pengurus terlalu banyak membazir kewangan kerajaan atas kononnnya mesyuarat/seminar dan bengkel di mana – mana lokasi untuk atas dasar tuntutan perjalanan. Perkara ini agak menyeluruh dalam kalangan Institut Perguruan seluruh Malaysia. Wang pelajar dan peruntukkan P & P dan kokurikulum mungkin dibazirkan atas alas an yang pelbagai.Tidak boleh ke mesyuarat, seminar dan bengkel tersebut diadakan di Kawasan institute? Tidak boleh ke bajet kewangan tersebut disedaikan dan diperuntukkan untuk membeli peralatan Laptop untuk setiap pensyarah dan guru sebuah untuk seorang? Tidak boleh peruntukkan tersebut digunapakai untuk pembaikpulihan dewan, penyediaan PA.Sistem yang berkualiti, meja dan kerusi yang berkualiti dan sebagainya.
Pentadbir dan pengurus hanya berminat untuk melojakkan kecemerlangan luaraninstitut, kolej dan sekolah sahaja. Bunga – bunga dijaga dan dipelihara manakala lalang, sampah sarap dan kekotoran bilik – bilik kuliah, darjah dan tandas terlupa untuk diperiksa dan ditingkatkan kualitinya, staf akademik dan staf pentadbir kurang diberi perhatian. Adakah mereka bertugas dengan efesyen, hadir, bermotivasi ataupun kebajikan rumah mereka selalu ditanya dan diberi perhatian serta keutamaan untuk keselesaan.
Pentadbir dan pengurus mengamalkan kronisme, suku kaum dan suka melabelkan itu tak pandai dan ini kurang cerdik, itu perosak dan ini penghalang. Wei cermin diri, muhasaba diri, refleksi diri. U sebagai pentadbir tinggal kat mana, apa anda buat tiap hari? Apa anda jaga tiap hari? Ada Tanya ke rumah kerajaan kami, adakah Tanya ke tugas kami? Ada Tanya ke masalah kami?Perlantikan jawatan bukan atas seniariti, bukan juga kepakaran dan pengalaman serta disiplin ilmu.Entah atas dasar apa mungkin juga ada target untuk itu dan ini.
Pentadbir dan pengurus suka membuat dasar sendiri tanpa memikirkan dan meneliti bahawa dasar pekeliling untuk semua penjawat awam adalah cukup dan berkesan tanpa dicongak dan berubah – ubah. Jika kroni boleh dan bukan kroni tak boleh walaupun ada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang yang mana pihak luar menjemputnya untuk member ceramah dan sebagainya.
Selain daripada itu, dalam usaha membantu pihak pentadbir pihak Kementerian Pelajaran dan juga Setiausaha pengarah serta pengarah pelajaran wajib turun ke institute, kolej dan sekolah untuk melihat sendiri tentang program dan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Secara iklas buat lawatan mengejut setiap minggu dan bukan melawat dengan surat jemputan sahaja. Implikasinya dalam budaya melayu bilako dijemput akan disediakan kereta dan driver, disediakan makanan ketam, sotong, udang dan kurita. Selepas itu dihidangkan senyuman, selamat datang taklimat koperat dan selepas semua baik. Ditambah lagi pentadbir yang terbaik, institut, kolej dan sekolah cemerlang dan terbilang. TERUS BALIK.
Sewajibnya Datuk Seri/Datuk/Yang Berbahagia, tuan/puan lawat dan tengok semua bilik darjah. Tengok dan lihat semua bilik Pentadbir, Bilik Jabatan. Bilik guru.Persekitaran institute, kolej atau sekolah baru potong ke rumputnya. Tandassss. Ada air ke? Bilik ICT semua boleh pakai ked an berioperasi ke?apa lagi? Jawapannya indah khabar dari rupa..
Di samping itu, banyak lagi halangan dan kekangan yang menggambat misi melonjakkan kecemerlangan institute, kolej dan sekolah. Dalam ruangan ini penulis cuba mengajak minda pembaca dalam profesiaon keguruan untuk meneliti hujah dan idea yang dilontarkan dan seterusnya kita sama – sama membuktikannya. Jika ada kebenaran dan keesahannya kita juga seharusnya bertanggungjawab untuk menegur dan mengkritik dasar – dasar tersebut supaya matlamat melonjakkan kecemerlangan institut pendidikan akan mencapai matlamatnya.
Barisan pentadbir pula biarlah mengubah pradigma yang ada dan bukan mempertahankan idea yang ketinggalan zaman, iaitu membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul dalam konteks pengurusan yang saintifik dan efektif.
Kesimpulannya, bukan mudah untuk melontarkan idea melonjakkan kecemerlangan institut pendidikan, kolej dan sekolah tanpa ada usaha yang ikhlas, jujur dengan tugas daripada pihak pentadbir. REALITINYA pentadbir seharusnya memikirkan dan berusaha untuk membaiki eleman – eleman di atas sekiranya terlepas pandang, terlupa tindakan dan terfikir tidak pentingnya untuk diubahsuai serta dilaksanakan.
Jumaat, 21 Ogos 2009
IBU BAPA : Amanah & Tanggungjawab Dalam Konteks Institusi Keluarga
Bulan Ramadhan sudah sesonim dengan kita sebagai khalifah muslim dengan anggapan bahawa bulan ini bukan sahaja dianggap bulan yang mulia tetapi ada juga dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa bulan ini merupan antara bulan yang penting dan begitu bermakna dalam usaha menahan diri daripada lapar dan dahaga. Di samping itu, bulan ini juga dianggap sebagai bulan di mana kaum muslimin di tarbiah untuk melakukan perkara dan aktiviti yang boleh meningkatkan amal khususnya yang disuruh oleh Allah menerusi agama sucu dan murni serta meninggalkan perkara dan aktiviti yang bertengan dengan agama dan dilarang oleh ALLAH
Dalam ruangan ini, penulis melontarkan idea, ingin berkongsi minda dan seterusnya ingin berkongsi pandangan untuk difikir dengan penuh teliti bagi tujuan muhasabah diri ke arah meningkatkan kualiti diri khususnya dalam menjelmakan modal insane yang sebenar.
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan amal soleh tetapi sebagai hamba ALLAH penulis ingin mengajak pembaca yang budiman agar dijadikan bulan yang boleh meningkatkan kualiti diri dari pelbagai aspek. Misalnya meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH, meningkatkan rasa kesyukuran di atas nikmat dan rahmat-Nya
Sehubungan dengan itu, sebagai ibu bapa kita juga seharusnya menjadikan bulan ini sebagai bulan yang boleh mengukuhkan hubungan talisiraturrahim yang kian pudar, yang kian renggang dan yang kian jauh tanpa maklumat yang dikirim dan diterima. Ibu bapa harus menterjemahkan peranan dan tanggungjawab ke arah bagaimana anak – anak harus di didik tentang erti tanggungjawab kepada Agama, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Membimbing dan menasihati mereka tentang pentingnya Agama. Mengajar dan bertindak sebagai mentor kepada anak – anak untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya mengajak mereka kepada nilai – nilai murni sesuai dengan tuntutan agama. Mewujudkan satu ruang yang baik dan masa sesuai untuk menyampaikan hasrat dan visi keluarga kepada anak – anak. Mentarbiah mereka tentang nilai murni, adab sopan dan akhlak yang baik bagi melahirkan modal insan yang memiliki mindak kelas pertama.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai role model dalam konteks keluarga. Tugas mencari nafkah dan mengukuhkan sisten ekonomi yang mantap untuk keperluan hiduo keluarga memang satu perancangan dan tindakan yang efektif. Namun janganlah pula kita sehingga lalai dan leka dalam usaha menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Anak – anak harus dijaga emosinya. Anak – anak harus dibantu untuk menyelesaikan masalah aktiviti pembelajarannya di samping aktiviti sampingan hariannya. Anak – anak harus dihargai dan diberi galakan untuk maju setapak kehadapan dalam usaha mengejar cita – citanya. Anak – anak harus dipuji dan dirangsang mindanya untuk menjadi anak yang soleh dan soleha. Anak – anak harus diberi peluang dan dihargai sumbangannya dalam mencuba dan menggilap potensi diri tanpa kongkongan.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti dan iklim pembelajaran yang kondusif sesuai dengan kemampuan ekonomi dan diri. Merancang dan mengajak bersama untuk menyedia dan membeli sumber dan bahan pembelajaran yang berasaskan tahap dan tingkat kefahaman dan kematangan anak – anak.
Pada bulan yang mulia ini, kita memulakan perkara baru. Mengubah pradigma daripada kurang baik kepada yang baik dan terbaik. Menyayangi dan memberi perhatian yang wajar kepada anak sebagai penyambung warisan keluarga. Kita tidak menggarapkan balasan daripada anak – anak pada suatu hari nanti, tetapi sebagai ibu bapa kita sewajarnya memastikan tugas dan peranan kita hari mampu untuk membantu mereka sampai ke destinasi yang mereka tuju. Mereka aset kita, aset masyarakat dan aset Negara.
Wassalam.
Khamis, 20 Ogos 2009
KELUARGA BAHAGIA - Peranan Isteri Dalam Institusi Rumahtangga
Sehubungan dengan peranan suami dalam kupasan dan lontaran idea pada catatan lalu, berikut pelbagai ciri dan eleman yang harus dikongsi bersama khususnya para isteri idaman kalbu. Isteri idaman dan soleha memikul amanah dan tugas bersandarkan ciri - ciri di bawah :-
- Isteri idaman ialah isteri yang mencintai agama dan mempertahankan agama dan mengikut sunnah Nabi S.A.W
- Isteri idaman ialah isteri yang berakhlak mulia dan memiliki nilai budi pekerti yang luhur
- Isteri idaman ialah isteri yang menjaga maruah, imej dan status keluarganya
- Isteri idaman ialah isteri yang mampu menunaikan tugas dan memahami peranannya dalam konteks merancang, mengurus dan membantu rutin harian rumahtanggnya
- Isteri idaman ialah isteri yang boleh berkongsi masalah dan maklumat tentang institusi rumahtangganya
- Isteri idaman ialah isteri yang boleh menjaga dan memelihara kesihatan fizikal, mental dan emosi
- isteri idaman merujuk pada perongsian kuasa dan peranan serta tanggungjawab dalam institusi rumahtangga
RUTIN HARIAN ISTERI IDAMAN
- Menceriakan suasana institusi keluarga
- Menjaga dan memelihara kebersihan rumah dan diri
- Membelai, mendakap dan mencium suami sebelum suami keluar bekerja
- Menyediakan air suam untuk minuman suami sebelum keluar rumah menjalankan tugasnya
- Berdoa dan mengiringi suami semasa berada di muka pintu untuk keluar bekerja
Kesimpulannya, isteri idaman suami ialah isteri yang mampu memahami dan berjaya menggalas tanggungjawab dalam aktiviti hariannya dalam institusi keluarga. Kefahaman tugas yang harus dipikul dan sokongan yang murni merupakan medium ke arah mewajudukan keluarga bahagia.
Rabu, 19 Ogos 2009
KELUARGA BAHAGIA - Peranan suami dan ayah
Pelbagai tanggapan dan persepsi tentang persoalan apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Insan dan keluarga lain berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah keluarga yang memiliki aset ekonomi yang kukuh. Dalam kalangan masyarakat moden juga berpendapat bahawa keluarga bahagia merujuk pada keluarga suami dan isteri mempunyai jawatan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta. Di samping itu, ada juga beranggapan bahawa keluarga bahagia merujuk kepada rangkuman kehebatan keutuhan ekonomi, kecemerlangan diri dalam menjawat jawatan yang tertinggi dalam kerjaya yang diceburi.
penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah unsur - unsur yang mendatangkan ketenangan kepada minda. Kurangnya masalah dalam institusi rumahtangga. Kefahaman dan pengetahuan tentang pengurusan dan pengisian tentang aktiviti keluarga. Kefahaman dan pelaksanaan tugas dan peranan dalam konteks keluarga yang merangkumi ciri - ciri berikut:-
CIRI DAN TUGAS SUAMI:-
- Role model (contoh teladan)
- Ketua Agama dalam keluarga
- Ekonomi dalam keluarga
- Penasihat dan pemimpin dalam keluarga
- Kaunselor dan pendisplin dalam keluarga
- Pembimbing dan pemudahcara
- Pencetus motivasi
RUTIN TUGAS HARIAN:
- Memberi pujian dan penghargaan kepada isteri tentang tugas hariannya, misalnya mengemas, membantu urusan rumah dan masakannya
- Membelikan majalah Mingguan Wanita, majalah wanita, kelurga dam buku masakan setiap bulan
- Membantu dan menolong isteri seboleh mungkin dalam aktiviti harian rumahtangga dan jadikan amalan harian
- Memberi/membelikan hadiah yang luar biasa jika rezeki bertambah, misalnya membeli baju, emas dan memohon jasa baiknya untuk menemani kita dalam majlis - majlis makan yang melibatkan organisasi untuk menghargainya
- Membelai, mendakap, mencium sambil memujinya semasa berehat dan melakukan aktiviti memasak
- Bertanya khabar dan menghantar mesej "I LOVE U" dan berikan ucapan terima kasih di atas jasa baik dan layanan semalam dan pagi tadi
- Mengambil berat tentang diri isteri dan selalu memeri galakan, sokongan dan peluang tentang apa yang dilakukannya
- Membawa isteri bersiar - siar sekurang - kuragnya 3 - 4 kali seminggu mengikut kemampuan dan lokasi yang dilawatinya tanpa pembaziran wang dan penjimatan masa
- Menemani isteri membeli - belah keperluan dapor dan keperluan harian dapor
- Menceritakan/mengimbau kenangan lama semasa berkenalan,berkasih dan bercinta untuk mengukuhkan perasaan sayang
- Prihatin terhadap semua anak tanpa membeza-bezakannya
- Penasihat, pendidik, pengajar dan penyampai ilmu dalam kalangan anak
- Membawa anak - anak ke kedai buku untuk membeli sumber dan buku rujukan
- Memeriksa dan meneliti buku - buku latihan anak - anak di hujung minggu dan sesi perbincangan/temu ramah
- Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dalam konteks keluarga dengan pelbagai rujukan fasiliti yang termampu
- Mewujudkan masa dan ruang untuk keluarga sebagai medium untuk bertukar idea dan penilaian prestasi
- Membantu dan membimbing anak - anak supaya mudah sampai ke destinasi yang dicapai
- Menghadiri majlis, mesyuarat PIBG yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai dorongan kepada anak - anak
Kesimpulannya, penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia hanya wujud sekiranya suami dan ayah memilki ciri yang boleh mewujudkan situasi yang ceria, faham dan tahu tanggungjawab serta berupaya menjelmakannya dalam konteks hidup seharian. Dalam masa yang sama kehendak dan keperluan isteri serta anak diberi perhatian. Walau bagaimanapun setiap insan yang telah mendirikan rumahtangga berbeza pendapat tentang konsep dan istilah apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Namun penulis berfikiran jika kita sudah berkeluarga sayangi isteri dan anak - anak. Bajai dan peliharalah institusi rumahtangga. Siramilah dengan nilai kasih dan sayang.
(FIKIR - FIKIR UNTUK BERUBAH)
Setiap insan ada peluang dan ruang untuk memajukan diri ke arah mana yang harus dituju. Justeru itu, dalam usaha menggilap potensi diri, membina kualiti diri dan seterusnya menjelmakan modal insan diri yang merangkumi nilai – nilai positif yang sesuai dengan hidup dalam konteks bermasyarakat, kita seharusnya berpegang kepada konsep tidak mudah dipengaruhi oleh pelbagai media dan persekitaran tetapi kita seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kita. Ke arah mana yang harus kita tuju? Objektif dan matlamat apa yang sewajarnya kita usahakan hari ini untuk hasilan pada hari – hari mendatang?
Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi minda dan kerangka pemikiran kita sebagai hamba ALLAH, misalnya media arus perdana yang berbentuk media massa dan media elektronik tetapi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat, proses penyaringan dan penapisan maklumat harus berlaku dan kita harus berpegang teguh kepada disiplin ilmu bahawa bukan semua maklumat adalah betul dan tepat. Kita seharusnya berfikir dengan penuh teliti, membuat pertimbangan yang wajar bahawa untuk berjaya dan cemerlang dalam proses kehidupan kita dipengaruhi oleh pemikiran kita. Susah dan senang, berjaya dan gagal dalam cita – cita yang diinginkan bergantung pada tahap pemikiran kita. Kecemerlangan bermula daripada pemikiran kita.
Dalam proses kehidupan, keperluan dan kehendak insan adalah berbeza. Ada insan yang inginkan kemantapan ekonomi, ada insan yang perlukan jawatan yang hebat dalam sektor awan dan swasta dan ada juga insan yang ingin memiliki keseimbangan hidup dalam pelbagai aspek. Maknanya kita berfikir ke arah mana harus hidup ini hendak dituju. Sesuatu kejayaan dan kecemerlangan hanya boleh diukur oleh insan tertentu.
Saya hidup di dunia yang sementara, yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada saya untuk mengenal diri, muhasabah diri tentang apakah tujuan sebenar hidup saya?saya memilih jalan untuk menggunakan potensi yang ada, berusaha sedaya upaya untuk keseimbangan kerjaya dalam profesion keguruan, kebahagian dan kedamaian rumahtangga dan seterusnya pembinaan akhlak dan kecemerlangan anak – anak sama ada dalam aspek agama mahupun akademik. Sebagai hamba ALLAH, saya bukan sahaja penyampai pedagogi dalam konteks profesion saya tetapi saya juga mempunyai tugas dan peranan untuk memelihara dan mengukuhkan keluarga bahagia di samping mentarbiah anak – anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah yang paksinya mengenal ALLAH, mencintai ibu bapa dan menyangi masyarakat serta memberi sumbangan yang bermakna pada pembangunan Negara. Akhirnya bukan mudah untuk bercakap melakukan tugas tersebut ,tetapi sikap, usaha dan tanggungjawab adalah eleman penting yang saya jelmakan dalam tindakan saya. Di samping faham dan tahu ertikata mendidik, membimbing, dan penyampai disiplin ilmu, saya juga komited dengan tugas dan peranan sebagai penasihat, pencetus motivasi dalam kalangan anak, kaunselor dan role model dalam konteks keluarga bahagia.



