Jumaat, 21 Ogos 2009

MASA UNTUK BERUBAH -



Gilap potensi diri untuk melontarkan idea dan pandangan bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan.

IBU BAPA : Amanah & Tanggungjawab Dalam Konteks Institusi Keluarga

Salam Al Mubarak (Ramadhan) untuk pembaca budiman yang dirahmati ALLAH,
Bulan Ramadhan sudah sesonim dengan kita sebagai khalifah muslim dengan anggapan bahawa bulan ini bukan sahaja dianggap bulan yang mulia tetapi ada juga dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa bulan ini merupan antara bulan yang penting dan begitu bermakna dalam usaha menahan diri daripada lapar dan dahaga. Di samping itu, bulan ini juga dianggap sebagai bulan di mana kaum muslimin di tarbiah untuk melakukan perkara dan aktiviti yang boleh meningkatkan amal khususnya yang disuruh oleh Allah menerusi agama sucu dan murni serta meninggalkan perkara dan aktiviti yang bertengan dengan agama dan dilarang oleh ALLAH
Dalam ruangan ini, penulis melontarkan idea, ingin berkongsi minda dan seterusnya ingin berkongsi pandangan untuk difikir dengan penuh teliti bagi tujuan muhasabah diri ke arah meningkatkan kualiti diri khususnya dalam menjelmakan modal insane yang sebenar.
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan amal soleh tetapi sebagai hamba ALLAH penulis ingin mengajak pembaca yang budiman agar dijadikan bulan yang boleh meningkatkan kualiti diri dari pelbagai aspek. Misalnya meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH, meningkatkan rasa kesyukuran di atas nikmat dan rahmat-Nya
Sehubungan dengan itu, sebagai ibu bapa kita juga seharusnya menjadikan bulan ini sebagai bulan yang boleh mengukuhkan hubungan talisiraturrahim yang kian pudar, yang kian renggang dan yang kian jauh tanpa maklumat yang dikirim dan diterima. Ibu bapa harus menterjemahkan peranan dan tanggungjawab ke arah bagaimana anak – anak harus di didik tentang erti tanggungjawab kepada Agama, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Membimbing dan menasihati mereka tentang pentingnya Agama. Mengajar dan bertindak sebagai mentor kepada anak – anak untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya mengajak mereka kepada nilai – nilai murni sesuai dengan tuntutan agama. Mewujudkan satu ruang yang baik dan masa sesuai untuk menyampaikan hasrat dan visi keluarga kepada anak – anak. Mentarbiah mereka tentang nilai murni, adab sopan dan akhlak yang baik bagi melahirkan modal insan yang memiliki mindak kelas pertama.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai role model dalam konteks keluarga. Tugas mencari nafkah dan mengukuhkan sisten ekonomi yang mantap untuk keperluan hiduo keluarga memang satu perancangan dan tindakan yang efektif. Namun janganlah pula kita sehingga lalai dan leka dalam usaha menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Anak – anak harus dijaga emosinya. Anak – anak harus dibantu untuk menyelesaikan masalah aktiviti pembelajarannya di samping aktiviti sampingan hariannya. Anak – anak harus dihargai dan diberi galakan untuk maju setapak kehadapan dalam usaha mengejar cita – citanya. Anak – anak harus dipuji dan dirangsang mindanya untuk menjadi anak yang soleh dan soleha. Anak – anak harus diberi peluang dan dihargai sumbangannya dalam mencuba dan menggilap potensi diri tanpa kongkongan.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti dan iklim pembelajaran yang kondusif sesuai dengan kemampuan ekonomi dan diri. Merancang dan mengajak bersama untuk menyedia dan membeli sumber dan bahan pembelajaran yang berasaskan tahap dan tingkat kefahaman dan kematangan anak – anak.
Pada bulan yang mulia ini, kita memulakan perkara baru. Mengubah pradigma daripada kurang baik kepada yang baik dan terbaik. Menyayangi dan memberi perhatian yang wajar kepada anak sebagai penyambung warisan keluarga. Kita tidak menggarapkan balasan daripada anak – anak pada suatu hari nanti, tetapi sebagai ibu bapa kita sewajarnya memastikan tugas dan peranan kita hari mampu untuk membantu mereka sampai ke destinasi yang mereka tuju. Mereka aset kita, aset masyarakat dan aset Negara.
Wassalam.

Khamis, 20 Ogos 2009

KELUARGA BAHAGIA - Peranan Isteri Dalam Institusi Rumahtangga

Mendirikan rumahtangga bukanlah perkara mudah walaupun pada hakikatnya setiap insan berkeinginan untuk merancang dan seterusnya bersepakat untuk membuat keputusan setelah menimbang dengan teliti bagi melangsungkan majlis perkahwinan bagi memenuhi kehendak dan tuntutan kaum Adam. Kebahagiaan dalam rumahtangga akan lebih dirasai seandainya pasangan masing - masing memahami dan mengetahui tugas dan tanggungjawab bagi merealisaikan hasrat murni perkahwinan.

Sehubungan dengan peranan suami dalam kupasan dan lontaran idea pada catatan lalu, berikut pelbagai ciri dan eleman yang harus dikongsi bersama khususnya para isteri idaman kalbu. Isteri idaman dan soleha memikul amanah dan tugas bersandarkan ciri - ciri di bawah :-




  • Isteri idaman ialah isteri yang mencintai agama dan mempertahankan agama dan mengikut sunnah Nabi S.A.W

  • Isteri idaman ialah isteri yang berakhlak mulia dan memiliki nilai budi pekerti yang luhur

  • Isteri idaman ialah isteri yang menjaga maruah, imej dan status keluarganya

  • Isteri idaman ialah isteri yang mampu menunaikan tugas dan memahami peranannya dalam konteks merancang, mengurus dan membantu rutin harian rumahtanggnya

  • Isteri idaman ialah isteri yang boleh berkongsi masalah dan maklumat tentang institusi rumahtangganya
  • Isteri idaman ialah isteri yang boleh menjaga dan memelihara kesihatan fizikal, mental dan emosi
  • isteri idaman merujuk pada perongsian kuasa dan peranan serta tanggungjawab dalam institusi rumahtangga

RUTIN HARIAN ISTERI IDAMAN

  • Menceriakan suasana institusi keluarga
  • Menjaga dan memelihara kebersihan rumah dan diri
  • Membelai, mendakap dan mencium suami sebelum suami keluar bekerja
  • Menyediakan air suam untuk minuman suami sebelum keluar rumah menjalankan tugasnya
  • Berdoa dan mengiringi suami semasa berada di muka pintu untuk keluar bekerja

Kesimpulannya, isteri idaman suami ialah isteri yang mampu memahami dan berjaya menggalas tanggungjawab dalam aktiviti hariannya dalam institusi keluarga. Kefahaman tugas yang harus dipikul dan sokongan yang murni merupakan medium ke arah mewajudukan keluarga bahagia.

Rabu, 19 Ogos 2009

KELUARGA BAHAGIA - Peranan suami dan ayah

Setiap insan dianugerahkan nilai dan keistimewaan oleh ALLAH di atas muka bumi untuk tujuan tertentu khususnya dalam usaha melayari hidup dalan konteks hidup seharian. Di antara anugerah yang diberi oleh ALLAH misalnya ialah tentang nilai kasih sayang, mencintai dan dicintai, penyabar, pemimpin dan penasihat serta pelbagai nilai murni yang memang sebati dengan fitrah kejadian manusia. lantaran itu, dalam dunia kehidupan pelbagai cabaran dan dugaan yang menghambat usaha - usaha murni ke arah mewujudkan keluarga bahagia, damai dan tenang dalam konteks memelihara, mengekal dan meningkatkan konsep keluarga bahagia.

Pelbagai tanggapan dan persepsi tentang persoalan apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Insan dan keluarga lain berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah keluarga yang memiliki aset ekonomi yang kukuh. Dalam kalangan masyarakat moden juga berpendapat bahawa keluarga bahagia merujuk pada keluarga suami dan isteri mempunyai jawatan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta. Di samping itu, ada juga beranggapan bahawa keluarga bahagia merujuk kepada rangkuman kehebatan keutuhan ekonomi, kecemerlangan diri dalam menjawat jawatan yang tertinggi dalam kerjaya yang diceburi.

penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah unsur - unsur yang mendatangkan ketenangan kepada minda. Kurangnya masalah dalam institusi rumahtangga. Kefahaman dan pengetahuan tentang pengurusan dan pengisian tentang aktiviti keluarga. Kefahaman dan pelaksanaan tugas dan peranan dalam konteks keluarga yang merangkumi ciri - ciri berikut:-

CIRI DAN TUGAS SUAMI:-

  • Role model (contoh teladan)

  • Ketua Agama dalam keluarga

  • Ekonomi dalam keluarga

  • Penasihat dan pemimpin dalam keluarga

  • Kaunselor dan pendisplin dalam keluarga

  • Pembimbing dan pemudahcara

  • Pencetus motivasi

RUTIN TUGAS HARIAN:

  • Memberi pujian dan penghargaan kepada isteri tentang tugas hariannya, misalnya mengemas, membantu urusan rumah dan masakannya

  • Membelikan majalah Mingguan Wanita, majalah wanita, kelurga dam buku masakan setiap bulan

  • Membantu dan menolong isteri seboleh mungkin dalam aktiviti harian rumahtangga dan jadikan amalan harian

  • Memberi/membelikan hadiah yang luar biasa jika rezeki bertambah, misalnya membeli baju, emas dan memohon jasa baiknya untuk menemani kita dalam majlis - majlis makan yang melibatkan organisasi untuk menghargainya

  • Membelai, mendakap, mencium sambil memujinya semasa berehat dan melakukan aktiviti memasak

  • Bertanya khabar dan menghantar mesej "I LOVE U" dan berikan ucapan terima kasih di atas jasa baik dan layanan semalam dan pagi tadi

  • Mengambil berat tentang diri isteri dan selalu memeri galakan, sokongan dan peluang tentang apa yang dilakukannya

  • Membawa isteri bersiar - siar sekurang - kuragnya 3 - 4 kali seminggu mengikut kemampuan dan lokasi yang dilawatinya tanpa pembaziran wang dan penjimatan masa

  • Menemani isteri membeli - belah keperluan dapor dan keperluan harian dapor

  • Menceritakan/mengimbau kenangan lama semasa berkenalan,berkasih dan bercinta untuk mengukuhkan perasaan sayang

  • Prihatin terhadap semua anak tanpa membeza-bezakannya

  • Penasihat, pendidik, pengajar dan penyampai ilmu dalam kalangan anak

  • Membawa anak - anak ke kedai buku untuk membeli sumber dan buku rujukan

  • Memeriksa dan meneliti buku - buku latihan anak - anak di hujung minggu dan sesi perbincangan/temu ramah

  • Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dalam konteks keluarga dengan pelbagai rujukan fasiliti yang termampu

  • Mewujudkan masa dan ruang untuk keluarga sebagai medium untuk bertukar idea dan penilaian prestasi

  • Membantu dan membimbing anak - anak supaya mudah sampai ke destinasi yang dicapai

  • Menghadiri majlis, mesyuarat PIBG yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai dorongan kepada anak - anak

Kesimpulannya, penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia hanya wujud sekiranya suami dan ayah memilki ciri yang boleh mewujudkan situasi yang ceria, faham dan tahu tanggungjawab serta berupaya menjelmakannya dalam konteks hidup seharian. Dalam masa yang sama kehendak dan keperluan isteri serta anak diberi perhatian. Walau bagaimanapun setiap insan yang telah mendirikan rumahtangga berbeza pendapat tentang konsep dan istilah apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Namun penulis berfikiran jika kita sudah berkeluarga sayangi isteri dan anak - anak. Bajai dan peliharalah institusi rumahtangga. Siramilah dengan nilai kasih dan sayang.

(FIKIR - FIKIR UNTUK BERUBAH)

TITIAN PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN

Setiap insan ada peluang dan ruang untuk memajukan diri ke arah mana yang harus dituju. Justeru itu, dalam usaha menggilap potensi diri, membina kualiti diri dan seterusnya menjelmakan modal insan diri yang merangkumi nilai – nilai positif yang sesuai dengan hidup dalam konteks bermasyarakat, kita seharusnya berpegang kepada konsep tidak mudah dipengaruhi oleh pelbagai media dan persekitaran tetapi kita seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kita. Ke arah mana yang harus kita tuju? Objektif dan matlamat apa yang sewajarnya kita usahakan hari ini untuk hasilan pada hari – hari mendatang?

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi minda dan kerangka pemikiran kita sebagai hamba ALLAH, misalnya media arus perdana yang berbentuk media massa dan media elektronik tetapi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat, proses penyaringan dan penapisan maklumat harus berlaku dan kita harus berpegang teguh kepada disiplin ilmu bahawa bukan semua maklumat adalah betul dan tepat. Kita seharusnya berfikir dengan penuh teliti, membuat pertimbangan yang wajar bahawa untuk berjaya dan cemerlang dalam proses kehidupan kita dipengaruhi oleh pemikiran kita. Susah dan senang, berjaya dan gagal dalam cita – cita yang diinginkan bergantung pada tahap pemikiran kita. Kecemerlangan bermula daripada pemikiran kita.

Dalam proses kehidupan, keperluan dan kehendak insan adalah berbeza. Ada insan yang inginkan kemantapan ekonomi, ada insan yang perlukan jawatan yang hebat dalam sektor awan dan swasta dan ada juga insan yang ingin memiliki keseimbangan hidup dalam pelbagai aspek. Maknanya kita berfikir ke arah mana harus hidup ini hendak dituju. Sesuatu kejayaan dan kecemerlangan hanya boleh diukur oleh insan tertentu.

Saya hidup di dunia yang sementara, yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada saya untuk mengenal diri, muhasabah diri tentang apakah tujuan sebenar hidup saya?saya memilih jalan untuk menggunakan potensi yang ada, berusaha sedaya upaya untuk keseimbangan kerjaya dalam profesion keguruan, kebahagian dan kedamaian rumahtangga dan seterusnya pembinaan akhlak dan kecemerlangan anak – anak sama ada dalam aspek agama mahupun akademik. Sebagai hamba ALLAH, saya bukan sahaja penyampai pedagogi dalam konteks profesion saya tetapi saya juga mempunyai tugas dan peranan untuk memelihara dan mengukuhkan keluarga bahagia di samping mentarbiah anak – anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah yang paksinya mengenal ALLAH, mencintai ibu bapa dan menyangi masyarakat serta memberi sumbangan yang bermakna pada pembangunan Negara. Akhirnya bukan mudah untuk bercakap melakukan tugas tersebut ,tetapi sikap, usaha dan tanggungjawab adalah eleman penting yang saya jelmakan dalam tindakan saya. Di samping faham dan tahu ertikata mendidik, membimbing, dan penyampai disiplin ilmu, saya juga komited dengan tugas dan peranan sebagai penasihat, pencetus motivasi dalam kalangan anak, kaunselor dan role model dalam konteks keluarga bahagia.

BENGKEL PENULISAN PENYELIDIKAN


Panglima Bajau sedang mengikuti Kursus Penulisan Penyelidikan di Beverly Hotel Kota Kinabalu dari 19 hingga 22 Ogos 2009.
Datuk Panglima begitu komited dalam penghasilan proposal kajian, dan terlibat secara aktif