Salam Al Mubarak (Ramadhan) untuk pembaca budiman yang dirahmati ALLAH,
Bulan Ramadhan sudah sesonim dengan kita sebagai khalifah muslim dengan anggapan bahawa bulan ini bukan sahaja dianggap bulan yang mulia tetapi ada juga dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa bulan ini merupan antara bulan yang penting dan begitu bermakna dalam usaha menahan diri daripada lapar dan dahaga. Di samping itu, bulan ini juga dianggap sebagai bulan di mana kaum muslimin di tarbiah untuk melakukan perkara dan aktiviti yang boleh meningkatkan amal khususnya yang disuruh oleh Allah menerusi agama sucu dan murni serta meninggalkan perkara dan aktiviti yang bertengan dengan agama dan dilarang oleh ALLAH
Dalam ruangan ini, penulis melontarkan idea, ingin berkongsi minda dan seterusnya ingin berkongsi pandangan untuk difikir dengan penuh teliti bagi tujuan muhasabah diri ke arah meningkatkan kualiti diri khususnya dalam menjelmakan modal insane yang sebenar.
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan amal soleh tetapi sebagai hamba ALLAH penulis ingin mengajak pembaca yang budiman agar dijadikan bulan yang boleh meningkatkan kualiti diri dari pelbagai aspek. Misalnya meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH, meningkatkan rasa kesyukuran di atas nikmat dan rahmat-Nya
Sehubungan dengan itu, sebagai ibu bapa kita juga seharusnya menjadikan bulan ini sebagai bulan yang boleh mengukuhkan hubungan talisiraturrahim yang kian pudar, yang kian renggang dan yang kian jauh tanpa maklumat yang dikirim dan diterima. Ibu bapa harus menterjemahkan peranan dan tanggungjawab ke arah bagaimana anak – anak harus di didik tentang erti tanggungjawab kepada Agama, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Membimbing dan menasihati mereka tentang pentingnya Agama. Mengajar dan bertindak sebagai mentor kepada anak – anak untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya mengajak mereka kepada nilai – nilai murni sesuai dengan tuntutan agama. Mewujudkan satu ruang yang baik dan masa sesuai untuk menyampaikan hasrat dan visi keluarga kepada anak – anak. Mentarbiah mereka tentang nilai murni, adab sopan dan akhlak yang baik bagi melahirkan modal insan yang memiliki mindak kelas pertama.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai role model dalam konteks keluarga. Tugas mencari nafkah dan mengukuhkan sisten ekonomi yang mantap untuk keperluan hiduo keluarga memang satu perancangan dan tindakan yang efektif. Namun janganlah pula kita sehingga lalai dan leka dalam usaha menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Anak – anak harus dijaga emosinya. Anak – anak harus dibantu untuk menyelesaikan masalah aktiviti pembelajarannya di samping aktiviti sampingan hariannya. Anak – anak harus dihargai dan diberi galakan untuk maju setapak kehadapan dalam usaha mengejar cita – citanya. Anak – anak harus dipuji dan dirangsang mindanya untuk menjadi anak yang soleh dan soleha. Anak – anak harus diberi peluang dan dihargai sumbangannya dalam mencuba dan menggilap potensi diri tanpa kongkongan.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti dan iklim pembelajaran yang kondusif sesuai dengan kemampuan ekonomi dan diri. Merancang dan mengajak bersama untuk menyedia dan membeli sumber dan bahan pembelajaran yang berasaskan tahap dan tingkat kefahaman dan kematangan anak – anak.
Pada bulan yang mulia ini, kita memulakan perkara baru. Mengubah pradigma daripada kurang baik kepada yang baik dan terbaik. Menyayangi dan memberi perhatian yang wajar kepada anak sebagai penyambung warisan keluarga. Kita tidak menggarapkan balasan daripada anak – anak pada suatu hari nanti, tetapi sebagai ibu bapa kita sewajarnya memastikan tugas dan peranan kita hari mampu untuk membantu mereka sampai ke destinasi yang mereka tuju. Mereka aset kita, aset masyarakat dan aset Negara.
Wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan