Pelbagai tanggapan dan persepsi tentang persoalan apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Insan dan keluarga lain berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah keluarga yang memiliki aset ekonomi yang kukuh. Dalam kalangan masyarakat moden juga berpendapat bahawa keluarga bahagia merujuk pada keluarga suami dan isteri mempunyai jawatan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta. Di samping itu, ada juga beranggapan bahawa keluarga bahagia merujuk kepada rangkuman kehebatan keutuhan ekonomi, kecemerlangan diri dalam menjawat jawatan yang tertinggi dalam kerjaya yang diceburi.
penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia adalah unsur - unsur yang mendatangkan ketenangan kepada minda. Kurangnya masalah dalam institusi rumahtangga. Kefahaman dan pengetahuan tentang pengurusan dan pengisian tentang aktiviti keluarga. Kefahaman dan pelaksanaan tugas dan peranan dalam konteks keluarga yang merangkumi ciri - ciri berikut:-
CIRI DAN TUGAS SUAMI:-
- Role model (contoh teladan)
- Ketua Agama dalam keluarga
- Ekonomi dalam keluarga
- Penasihat dan pemimpin dalam keluarga
- Kaunselor dan pendisplin dalam keluarga
- Pembimbing dan pemudahcara
- Pencetus motivasi
RUTIN TUGAS HARIAN:
- Memberi pujian dan penghargaan kepada isteri tentang tugas hariannya, misalnya mengemas, membantu urusan rumah dan masakannya
- Membelikan majalah Mingguan Wanita, majalah wanita, kelurga dam buku masakan setiap bulan
- Membantu dan menolong isteri seboleh mungkin dalam aktiviti harian rumahtangga dan jadikan amalan harian
- Memberi/membelikan hadiah yang luar biasa jika rezeki bertambah, misalnya membeli baju, emas dan memohon jasa baiknya untuk menemani kita dalam majlis - majlis makan yang melibatkan organisasi untuk menghargainya
- Membelai, mendakap, mencium sambil memujinya semasa berehat dan melakukan aktiviti memasak
- Bertanya khabar dan menghantar mesej "I LOVE U" dan berikan ucapan terima kasih di atas jasa baik dan layanan semalam dan pagi tadi
- Mengambil berat tentang diri isteri dan selalu memeri galakan, sokongan dan peluang tentang apa yang dilakukannya
- Membawa isteri bersiar - siar sekurang - kuragnya 3 - 4 kali seminggu mengikut kemampuan dan lokasi yang dilawatinya tanpa pembaziran wang dan penjimatan masa
- Menemani isteri membeli - belah keperluan dapor dan keperluan harian dapor
- Menceritakan/mengimbau kenangan lama semasa berkenalan,berkasih dan bercinta untuk mengukuhkan perasaan sayang
- Prihatin terhadap semua anak tanpa membeza-bezakannya
- Penasihat, pendidik, pengajar dan penyampai ilmu dalam kalangan anak
- Membawa anak - anak ke kedai buku untuk membeli sumber dan buku rujukan
- Memeriksa dan meneliti buku - buku latihan anak - anak di hujung minggu dan sesi perbincangan/temu ramah
- Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dalam konteks keluarga dengan pelbagai rujukan fasiliti yang termampu
- Mewujudkan masa dan ruang untuk keluarga sebagai medium untuk bertukar idea dan penilaian prestasi
- Membantu dan membimbing anak - anak supaya mudah sampai ke destinasi yang dicapai
- Menghadiri majlis, mesyuarat PIBG yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai dorongan kepada anak - anak
Kesimpulannya, penulis berpendapat bahawa keluarga bahagia hanya wujud sekiranya suami dan ayah memilki ciri yang boleh mewujudkan situasi yang ceria, faham dan tahu tanggungjawab serta berupaya menjelmakannya dalam konteks hidup seharian. Dalam masa yang sama kehendak dan keperluan isteri serta anak diberi perhatian. Walau bagaimanapun setiap insan yang telah mendirikan rumahtangga berbeza pendapat tentang konsep dan istilah apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia. Namun penulis berfikiran jika kita sudah berkeluarga sayangi isteri dan anak - anak. Bajai dan peliharalah institusi rumahtangga. Siramilah dengan nilai kasih dan sayang.

ahap sab..
BalasPadam