SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT IPGM KENT TUARAN : KRITIKAN
One Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Salam Ramadhan Al – Mubarak dan salam untuk semua golongan pendidik yang tercinta,
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent Tuaran yang dirancang dan telah dilaksanakan pada 7HB SEPTEMBER, 2009 bertempat di Dewan Tun Datu Haji Mustapaha Bapa Kemerdekaan Sabah.
Sambutan tersebut merupakan wadah dan sepatutnya aktiviti yang paling bermakna lagi bersejarah dalam kalangan ahli pendidik dan bakal pendidik bagi menyahut semangat dan semarak cinta akan tanah air dan bagaimana memelihara, menjaga dan mengimbau kenangan lalu iaitu nostalgia tokoh – tokoh yang telah berjaya sedaya upaya melawan dan menentang penjajah Inggeris, portugis, belanda, jepun dan kuasa – kuasa yang seangkatanya dengannya untuk membebaskan Negara dan negeri khususnya daripada penjajahan mental dan fizikal.
Tapi dalam hal ini, penulis ingin dan cuba mengajak pembaca dan pemikir untuk sama – sama merenung, menghayati adakah objektif dan matlamat yang dlaksanakan ini tercapai? Penulis berpendapat bahawa pihak pengurusan telah cuba sedaya mungkin untuk mencapai hasrat dan visi yang murni ini dan diucapkan syabas dan tahniah lantaran sekurang – kurangnya pengisian aktiviti telah dibuat memenuhi slogan One Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dengan menjemput penceramah daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah.
Objektif kurang dan tidak tercapai, matlamat gagal digapai dalam konteks apa itu kemerdekaan dan bagaimana mengisi erti dan sebuah kemerdekaan untuk golongan pendidik dan bakal pendidik. Pentadbir pada penulis telah gagal memainan peranan dan tanggungjawabnya menggalas tugas murni ini sesuai dengan profesionnya untuk merealisasikan wawasan KEMERDEKAAN berdasarkan hujah berikut:
Penceramah yang dijemput kurang dan tidak mampu menyakinkan hadirin dengan fakta, konsep dan pengertian apa itu merdeka dan peranan pendidik serta pelajar untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Tetapi penceramah cuba menerangkan pemimpin politik dan kerajaan harus dipertahankan dan pmbangkang dikutuk, dicerca dan dihina habis – habisan. Bagaimana tugas tuan untuk mewujudkan konsep One Malaysia jika semangat dan jiwa masih dikongkong oleh pemikiran dan minda dulu, kini dan selamanya yang masih cuba mengelirukan, memperbodohkan dan menyesatkan pendengar daripada fakta sebenarnya. Baca sejarah dan perjuangan tokoh – tokoh kemerdekaan misalnya, Mat Salleh (Sabah), Tun Datu Haji Mustapha pejuang Kemerdekaan Sabah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya, bukan tokoh – tokoh pemimpin politik pasca merdeka. Mereka mengisi erti kemerdekaan untuk memimpin rakyat dan Negara Malaysia khususnya.
Pihak pengurusan seharusnya memilih pendekatan lebih kepada penghayatan dan pengisian ilmu yang berkaitrapat dengan peranan profesioan keguruan dalam usaha mewujudkan One Malaysia melalui aktiviti Sambutan ini. Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sepatutnya disesuaikan dengan IPGM, Kampus Kent. Misalnya Pelajar Didahulukan Pencapaian Akademik Diutamakan. Pentadbir mengajak dan membawa senario ini kepada penceramah agar hujahan tersebut lebih kepada peranan, amanah, akhlak dan adab dalam mengisi erti kemerdekaan selepas merdeka bukannya, India, Cina, Ketuaan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
Pihak pentadbir sepaututnya menjemput satu tokoh yang benar – benar menjadi teladan yang baik dan faham, tahu serta terlibat dengan KEMERDEKAAN. Bukan menjemput jiwa yang terkongkong, minda yang beku dan lesu dan minda yang dijadikan kuda tunggangan.
Pihak pentadbir seharusnya memberi peluang dan menghargai tokoh – tokoh pendidik yang berwibawa, berkarisma dan berajasa pada profesion pendidikan misalnya, tokoh dari Sabah Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Hj. Mohd. Taha, Mantan Pengarah Pelajaran Sabah. Akhlak, akademik, adab dan contoh boleh jadi imam baca Al – FATIHAH dengan tajwid yang betul
Masa yang kurang sesuai iaitu jam 1.00 ptg hingga 3.00 petang dikala golongan muslim berpuasa dan golongan lain yang belum makan dan berehat. Fikir – fikirlah. Pelaksanan ada makna dan kesannya harus menyeluruh bukannya asal buat.
Kesimpulannya, sambutan kemerdekaan ini wajar diperbaiki dan bebaskan golongan pendidik dan pelajar untuk diheret berpolitik, bebaskan minda dan perwatakan mereka daripada dijajah oleh minda politik, kepentingan politik dan hasutan politik serta diarah berpolitik. Mereka diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk mengisi kemerdekaan dengan tugas yang murni iaitu membina dan membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara. Bukannya diapi – apikan untuk membenci kaum – kaum yang lain. BANGSA MALAYSIA merujuk bangsa yang menguni bumi Malaysia secara sah.
WASSALAM DAN SALAM KEMERDEKAAN UNTUK WARGA PENDIDIK
“Pelajar Didahulukan, Pencapaian Akademik Diutamakan”
Ahad, 13 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan