Selasa, 9 Februari 2010

PELANGGARAN ETIKA KEPROFESION DOKTOR DI HOSPITAL

Assalamulaikum w.b.t, salam masa untuk berubah kepada pembaca dan warga semporna khususnya.
Baru - baru ini saya dikejutkan oleh berita ibu yang sudah balik ke rahmatullah setelah dua hari terlantar sakit di Hospital Daerah Semporna . Sebagai anak yang prihatin dan merasa bertanggungjawab saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan isteri sebagai penasihat dalam hidup untuk balik segera ke Semporna setelah memohon kebenaran dan jasa baik Puan Pengarah IPGM, Kampus Kent Tuaran pada 6HB Febuari, 2010 dengan menaiki pesawat Air Asia jam 5.30 petang.
Perjalanan saya dan isteri dari Air Port ke Hospital Semporna dirancang dengan baik dan penuh teliti walaupun kesabaran dan keimanan duji. Sempat abang yang menjemput di Air Port saya nasihatkan untuk memandu perlahan dan berhati hati walaupun hati mengajak untuk sampai dengan seberapa segera. Hati memohon pada ALLAH dan berdoa agar diketemukan dengan ibu yang tercinta, yang mendidik, mengajar dan membimbing sehingga saya sehingga menjadi insan yang bermakna di dunia ini.
Secara ringkasnya ALHAMDULILLAH apabila saya sampai ke Wad Hospital Semporna saya merasa terharu dan amat sedih lantaran ibu terkulai layu, kaku dan hanya bersama alat bantuan pernafasan tanpa berkata, tanpa bergerak dan hanya bernafas. Tanpa disedari airmata saya jatuh berlinangan dan mengucup dahi ibu tersayang sambil berdoa dan membisikan kata kuatkan tenaga, yakin dan berserah serta memohon pada ALLAH.
Dalam situasi tersebut saya mendapat ilham untuk bertanya kepada saudara marah dan staf jururawat yang bertugas pada itu, iaitu sekitar jam 9.30 malam di mana doktor dan siapa yang boleh membantu saya ketika itu. Jururawat berkata doktor kurang pasti di mana, mungkin di rumah dan sebagainya. Saya mengarahkan jururawat agar doktor yang bertugas dipanggil dengan segera.
ALHAMDULILLAH doktor tiba dan saya berbincang dengannya walaupun saya agak marah dalam hati tapi saya dapat menghormatinya dan sabar dalam tindakan serta tabah untuk berbincang dengannya. Saya beri salam pada doktor lantas bertanya apa penyakit ibu saya setelah dua tiga hari di hospital? Doktor menjawab tidak boleh buang air besar sebab sudah tua dan paru - paru rosak. Saya mencela adakah semua orang apabila tua tidak boleh membuang air besar dan di mana tuan doktor belajar? Sudah ke tuan doktor lihat laporan doktor - doktor yang membuat bertugas hari dan masa yang berlalu?Mana data dan statistik tuan doktor untuk memaklumkan kepada saya? Doktor tersebut ternga - nga dan diam seketika. Saya bertanya lagi apa perbezaan kepakaran dan fasiliti serta sistem yang ada disediakan di Hospital Semporna berbanding dengan di Hospital Daerah Tawau? Doktor menjawab Hospital Daerah Tawau lebih canggih, lengkap dan ada kepakaran. Saya bertanya lagi kalau begitu kenapa pihak doktor khususnya tidak dihantar ke Hospital Tawau jika itulah perbezaannya?kenapa pihak doktor yang bertugas tidak bertanggungjawab dalam hal ini? Doktor nampak tak Ibu saya di atas kantil tu yang bertarung dengan nyawa dan kematian?Saya terharu dan amat kecewa dengan tindakan doktor ini.Doktor tidak beretika. Pakaian doktor dan tindakan doktor mencerminkan doktor tidak bertanggungjawab dan prihatin dengan pesakit. Kenapa jadi begini doktor belajar di mana ? Doktor tersebut memohon ampun dan maaf kepada saya dan lantas bersedia dan menghantar ibu saya ke Hospital Tawau melalui kenderaan Ambulance di iringi pengarah Hospital Semporna, dua orang jururawat dan dua orang keluarga saya iaitu adik dan nenek.
Sampai di Hospital Tawau, staf dan doktor di sana sudah bersedia dan terus bingkas untuk menjalankan operasi dan tanggungjawab setelah ibu di keluarkan dari ambulance tersebut.
Secara ringkasnya setelah diberi bantuan dengan segala kepakaran dan bantuan, ibu di X ray dan setelah itu dimasukkan ke ICU. Setelah 3 hari ALHAMDULILLAH berlaku pengurangan sakit dan doktor juga sentiasa memaklumkan saya tentang perkembangan ibu terutama apabila saya berbincang dan bertanya. Di sebalik ujian ini banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi tentang perlakuan dan etika kedoktoran di Hospital Daerah Semporna dan Hospital Tawau.
Di Hospital Tawau pesakit dan pelawat di layan dengan baik dan doktor mesra dan sentiasa ada untuk bertugas manakala di Hospital Semporna, rakyat dan masyarakat Sempornalah yang menghakiminya. Rakyat dan masyarakat Semporna harus melihat dan memerhatikan staf dan doktor - doktor yang bertugas di Semporna adakah mereka ini bertanggungjawab dan menjaga imej profesion mereka? Adakah mereka ini prihatin terhadap pesakit dan seterusnya mengambil berat serta bersungguh - sungguh dengan tugas yang diamanahkan pada mereka?
Kritikan ini adalah perkongsian idea dan pengalaman yang saya tidak duga apa yang berlaku di daerah saya semporna.. Masyarakat Semporna harus bangun dan bangkit untuk menyatakan sesuatu sesuai dengan melahirkan modal insan iaitu "MASA UNTUK BERUBAH".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan