Selasa, 23 Mac 2010

JUARA RAKYAT - BIIARLAH MEMBELA NASIB RAKYAT DAN BUKANNYA RETORIK

Slogan "JUARA RAKYAT" merupakan satu pendekatan yang sepatutnya dirancang dengan teliti dan dillaksanakan tepat pada sasarannya supaya slogan tersebut benar - benar menapati kehendak UMNO merupakan sebuah Parti yang betul - betul membela nasib rakyat dulu, kini dan selamanya.

Baru - baru ini, UMNO bersama PEMUDAnya telah melaksanakan aktiviti JUARA RAKYAT di Dewan Datuk Harris Semporna dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan YB.Datuk Ramlee Marhaban, ADUN N 54 Bugaya.

Pada pandangan bloger, program dan pengisian JUARA RAKYAT seharusnya di rancang di lokasi kamung yang mana rakyatnya kekurangan dan tidak ada kemudahan yang dinikmati disamping mutu kehidupan mereka masih tidak terbela. Selain daripada itu, biarlah aktiviti yang dirancang sesuai dengan kehendak rakyat untuk mengeluarkan mereka daripda kehidupan yang amat daif, miskin dan papa kedana.

Program ini hanya menjurus kepada segelintir sahaja dan sasarnya bukanlah UMNO JUARA rakyat kepada golongan yang tertentu iaitu golongan yang harus dibela, iaitu golongan yang harus didahulukan, iaitu golongan yang harus dibantu dan bukannya golongan kroni dan sudah berupaya menikmati pembangunan dari dulu, kini dan akan datang.

JUARA RAKYAT, hanya juara untuk memuji golongan itu sahaja. peruntukan yang banyak seatutnya tepat pada sasaran untuk golongan yang harus diutamakan, dadahulukan dan benar - benar dibela. Kampung Tunggolangan sampai sekarang tidak ada saliran air sedangkan bukannnya jauh dari pekan Semporna. Begitu juga taraf kehidupan mereka yang betul - betul perlu dibela dan UMNO khususnya YB ADUN N54 Bugaya dan juga PEMUDA UMNO harus menjadi juara kepada mereka untuk memastikan mutu kehidupan mereka perlukan pembelaan.

JUARA RAKYAT harus bersandarkan Pemimpin dan pemuda UMNO mesti prihatin dengan rakyak, berdamping dengan rakyat, menjiwai rakyat,dengar keluhan dan ratapan rakyat dan bukannya memperkayakan diri dan keluarga serta orang yang sudah kaya dulu, kini dan akan datang. Bagaimana dengan rakyat yang meremat? rumah, elektrik dan air sampai sekarangpun ada yang perlukan pembelaaan dan kemudahan. Dari dulu, kini dan mungkin selamanya mereka tetap begitu juga.Memangpun mana - mana politik mustahil dapat memperkayakan golongan miskin dan golongan miskin dan amat daif pun bukan juga menggarap kaya raya tapi sebagai rakyat mereka harus dibimbing, ditunjukajar, dikaunseling, dilatih dan dibantu bagaimana cara mendapatkan projek dan peruntukkan untuk bagi menikmati pembangunan yang disediakan oleh kerajaan

Jika pemimpin UMNO dan pemuda ingin menjadi juara rakyat biarlah ikhlas dan bekerja bersungguh - sungguh untuk rakyat dan turun ke bawa. turun ke desa, pulau dan kampung - kampung. Lihat permasalahan dan penderitaan rakyat. Jangan hanya jadi JUARA yang membohongi rakyat atas nama perpaduan. Bayangkan YB, tuan dan puan pemimpin UMNO dan pemuda hanya sebu dan seronok bila aktiviti melibatkan hiburan dan jemputan majlis perkahwinan. Jarang dan tak nampak pun YB, pemimpin Pemuda UMNO menjadi JUARA kepada rakyat yang termiskin, tahap rakyat yang papa kedna bila kelurga dan ibu bapa mereka meninggal dunia dan di timpa musibah. Tak nampak juga YB, pemimpin pemuda UMNO jadi juara rakyat kepada termiskin, merempat dan papa kedana bila mereka menganjur majlis kenduri dan perkahwinan. Ini bermakna YB, pemimpin pemuda UMNO hanya jadi golongan rakyat kepada kroni dan golongan tertentu sahaja. Maknanya dalam UMNO ada tiga mazhab iaitu satu orang kaya dan UMNO hanya menjadi juara dikalangan mereka. Kedua orang kroni dan UMNO juga hanya juara dikalangan mereka. Ketiga bila golongan itu miskin, menderita dan papa kedana adakah YB dan pemimpin pemuda menjadi Juara? cuba muhasaba diri dan membuat perubahan lantas jadi juaralah pada golongan yang perlukan khidmat YB dan pemimpin pemuda dan puteri.

Bloger bersetuju dan mencadangkan birlah YB datuk, pemimpin pemuda dan puteri serta wanita berganding bahu menjadi juara kepada rakyat yang memerlukan dan golongan yang seharusnya perlukan pembelaan. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sesuai dngan slogan juara rakyat. YB Datuk dan kroni lihat ekonomi orang - orang bajau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan