Ekonomi orang - orang atau rakyat suku kaum bajau tempatan bereapa ramai yang masih merempat dan miskin berbanding dengan orang - orang tertentu (PATI) yang mendapat tempat dan ruang serta peluang untuk berniaga memenuhi tepian kedai, celahan kedai dan bangunan. peluang tempat di pasar ikan dan gunting rambut, kedai jahit dan gilapan kasut dan jahitan kasut. Mengapa orang - orang tempatan tidak diberi peluang dengan bimbingan, dengan kaunseling, dengan tempat yang diberi secara percuma bagi rakyat yang betul - betul ngin berniaga dan memasarkan aktiviti pertanian dan penangkapan ikan mereka. Alasan yang diterima sudah iberi peluang oleh kerajaan dan pimpinan tetapi lesen dan tempat dialibabahkan. Tapi adakah peluang itu diberi kepada golongan yang betul - betul layak dan memerlukan atau diberi ada kron dan ada kaitan dengan politik dan golongan kaya raya juga?
Begitu juga dalam sistem pendidikan dan agensi kerajaan lain, ramai guru dan kai tangan kerajaan yang berpolitik dan memegang jawatan dalam UMNO dan apat projek dalam UMNO. Bukan ke ini boleh menjejaskan tugas dan amanah mereka? Kalaupun YB Datuk, pemimpin UMNO dan pemuda mahu jadi juara kepada rakyat sepatutnya projek an konterk ini diberi kepada golongan yang tidak bekerja dalam sektor awam dan swasta agar tidak mengganggu perkhidmatan mereka. Di samping itu supaya kadar pengganguran kurang dan budaya melepak kurang kenapa tidak diberi kepada golongan pemuda dan rakyat yang miskin supaya mereka dapat melonjakkan institusi kehidupan mereka dari miskin dan termiskin ke golongan berada dan agak sederhana bukan golongan pemuda UMNO dan guru serta kaki tangan kerajaan lain. Mereka in juga tergolong kepada kaki tangan yang menjadi pengkhianat bangsa dan masyarakat. Ada tugas yang digalas dan dimanahkan tapi diabaikan, yang diutamakan projek dan kekayaan. Hakikatnya anak pakcik dan makcik kita terabai. YB Datuk dan lapisan pemimpin pemuda, wanita dan puteri biarlah menjadi juara rakyat untuk membendung gejala ini agar tidak menular dalam alangan penjawat awam lain
Kesimpulannya, banyaklah lagi asepek yang harus kita lihat bersama, YB Datuk dan lapisan kepimpinan lain dalam UMNO harus memainkan peranan yang sebaiknya untuk menjadi JUARA RAKYAT bukannya retorik. turun ke bawa, lihat kami, dengar kami dan bincang dengan kami adakah projek dan pembangunan yang di buat itu betul - betul menguntungkan kami sebab duit itu duit kami sebagai rakyat. Kami menjadi hakim dan pengadil kepada YB Datuk dan lapisan pemimpin yang lain adakah YB Datuk dan golongan pemimpil lain betul - betul menjadi JUARA RAKYAT..
Sekian, rakyat harus berubah, rakyat harus melihat perubahan ini.. lihat mereka dan kelurga mereka yang kononnya mahu menjadi JUARA RAKYAT, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. ayu lihat, ayu lihat adakah mereka ini mendahulukan kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan