Sebagai manusia yang dianugerahi oleh ALLAH akal dan fikiran seharusnya senatiasa bersedia untuk berubah dari segala aspek khususnya pemikiran dan tindakan sesuai dengan kehendak masa kini.
Sebelum melakukan perubahan, kita perlu persiapkan terlebih dahulu minda dan hati kita untuk mendapani segala cabaran ke arah mencapai matlamat hidup dalam konteks hidup bermasyarakat.Kita mesti ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita harus mengambil berat apa perubahan yang sedang melanda masyarakat kita. Perubahan itu pula perlu dibuat dengan penuh kefahaman dan kesedaran yang berpaksikan kebenaran dan prinsip - prinsip keadilan sesuai dengan tuntutan agama islam.
Bersedia untuk berubah dan masa untuk berubah diri, keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik seiring dengan paksi dan nilai - nilai agama islam. Berusaha bersungguh - sungguh sesuai dengan landasan agama untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan diri dan keluarga yang dengan cara yang halal tanpa melibatkan diri dengan penyelewengan dan aktiviti - aktiviti kurang bermoral.Menolak rasuah dan ketirisan yang menjadi parah dalam sistem bermasyarakat untuk keharmonian hidup dan yang ditegah oleh agama.
Bersedia untuk berubah dan masa untuk berubah setelah kita melalui liku - liku hidup yang banyak menghambat kehidupan kita. Keperitan hidup, penderitaan dan kesengsaraan hidup yang masih ada dalam masyarakat walaupun kita sudah merdeka lebih kurang 54 tahun harus ditangani dengan prosedur yang betul dan tepat mengikut saluran yang baik.
Kepada pemimpin yang bergelar Yang Berhormat (YB) Datuk diberi mandat oleh rakyat. Jaga dan pelihara amanah mereka dengan baik dan penuh iltizam. Masa untuk berubah sesuai dengan slogan"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".Agak mustihal juga rakyat semua kaya - raya, tapi sebagai pemimpin YB harus bertanggungjawab memastikan rakyat yang benar - benar papa kedana dan benar - benar miskin dibela. Mereka perlukan pembelaan dan beri hak kepada mereka sebaga rakyat yang sepatutnya didahulukan.
Khusus untuk rakyat, nilai, lihat dengan mata hati dan buat penelitian kepada mereka yang bergelar pemimpin khususnya YB adakah mereka selalu menjaga dan menjenguk kita? Masa untuk berubah untuk menasihatkan YB agar lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah kawasan mereka.Kita harus berubah jika pemimpin tidan berubah dulu, kini dan selamanya selalu menipu kita. Mereka pura -pura datang apabila ada majlis kahwin dan kenduri sedangkan kita sendiripun mampu berperanan seperti itu.Walhal tugas penting mereka memastikan rakyat dibela dan angkat sedarjat martabat dan kehidupan mereka.
Masa untuk berubah untuk rakyat berfikir dan membuat perbandingan dari kehidupan zaman USNO, BERJAYA, PBS DAN KINI UMNO (BN). Rakyat rasa dan rakyatlah yang membuat perubahan.
SALAM MASA UNTUK BERUBAH.
Sabtu, 16 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan