Assalamulaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam masa untuk berubah khusus untuk rakan - rakan penjawat awam dan rakan - rakan pegawai yang sudah berkeluarga, yang mana kita sudah dikurniakan beberapa orang anak sama ada sedikit bilangannya ataupun ramai lebih - lebih lagi jika anak - anak kita sudah bersekolah.
Berkongsi ilmu dan pengalaman hidup merupakan nilai tambah untuk kualiti kehidupan tentang apa yang harus dicari dan apa yang seharusnya difikirkan setelah kita sama - sama menyumbang dan berbakti kepada jabatan khususnya organisasi dari hari bekerja iaitu Isnin hingga jumaat.
Mungkin niat kita berbeza dan mungkin tujuan dan matlamat kitapun tidak sama dalam merancang dan mengelola kehidupan agar sentiasa segar dan mekar dalam mengukuhkan semangat dan semarak kasih sayang demi kebahagian keluaga yang tercinta. Pada penulis hari minggu merupakan hari yang amat penting untuk bersantai dan beraktiviti bersama anak - anak dan isteri tersayang.
Mewujudkan ruang dan mengisi masa untuk bertanya kepada anak - anak bagaimana khabar mereka. Sihat ke dan bagaimana pembelajaran serta prestasi anak bapa mengikut daya dan kemampuan diri?Bagaimana kaedah, teknik dan strategi cikgu anak bapa mengajar dan mendidik? Selain daripada itu penulis mengajak anak - anak dan diri sendiri untuk menilai dan muhasaba diri sepanjang apa yang berlaku dalam tempoh seminggu.
Akhlak dijaga dan dipelihara, hati diurus dan dirancang serta ditambah nilainya untuk berbakti kepada ALLAH dan jaga amanah dan kepercayaan ibu bapa. Agama dipelihara dan berada dalam medium yang betul sesuai dengan hukum yang ditegah dan disuruh oleh ALLAH.
Dalam hidup dan meneruskan perjalanan ini penulis lebih suka berdamping dengan keluarga khususnya isteri dan anak - anak lantaran itu merupakan aset dan harta yang paling bernilai.
Hari sabtu dan ahad merupakan hari - hari yang menyeronokkan dan bernilai untuk kita sebagai ibu bapa jika ia dijadikan hari bersama keluarga..Untuk perkongsian hidup marilah kita jadikan hari - hari sabtu dan ahad sebagai hari proses pengukuhkan kasih sayang dan saling tolong menolong serta meningkatkan tugas dan peranan dalam keluarga masing - masing..
Walau bagaimanapun bergantung kepada rakan - rakan ibu bapa untuk merancang kehidupan khususnya apa yang hendak dicapai dalam hidup ini.
Sabtu, 23 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan