" PEMIMPIN POLITIK YANG BERKESAN DAN BERAKHLAK SALAH SUATU CIRINYA IALAH TIDAK MELATIH RAKYATNYA JADI PENGEMIS" . NASIB RAKYAT SEPATUTNYA DIBELA, HAK MEREKA DIJAGA DAN DIBERI. RAKYAT PULA SEWAJARNYA MEMILKI MORAL YANG TINGGI DAN MENYEDARI MEREKA DIPERGUNAKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK BERKENAAN"
Pemimpin politik yang bergelar YB adalah pemimpin yang diplih oleh rakyat dan diberi mandat oleh rakyat. Mana - mana persatuan ataupun organisasi politik mempunyai ideologi yang lebih kurang hampir sama misalnya politik Barisan Nasional khususnya UMNO slogan tradisi MEMBELA RAKYAK, DULU, KINI DAN SELAMANYA.Yang terbaru One Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Manakala dipihak Pakatan Rakyat pula , slogan mereka lebih kurang Negara Ke Arah Berkebajikan khusunya pembelaan terhadap hidup dan keperitaan serta kesengsaraan rakyat.
Parti - parti politik sebenarnya tidak bersalah dan kurang bersalah yang kita tegur dan kritik sebagai rakyat ialah pemimpin politik yang tidak mendahulukan kesengsaraan, penderitaan dan keperitan rakyat. Mereka tidak turun ke pulau - pulau, ke desa - desa dan pedalaman serta di pinggiran kota dan bandar sehingga ke hari ini mereka tidak menyedari bahawa ada lagi kehidupan rakyat yang masih pembelaan walaupun kita sudah merdeka lebih kurang 54 tahun.
Sampai kini adakah wajar YB - YB masih bercakap dan berceramah tentang air, lampu letrik dan jalan raya? Zaman british dan komunis pun jalan raya, lampu air dan sekolah pun ada walupun kualiti dan perkhidmatannya kurang berkesan dan menyeluruh ke kampung, desa dan bandar. Yang rakyat mahu ialah pembelan terhadap hak, tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh kami sebagai rakyat.
YB - YB harus turun ke padang. lihat dan jengkuk kehidupan kami dan kami perluan pembelaan. Bantu dan tolong kami dalam hal - hal yang masih membelenggu kami. Ungkapan dungu seperti kenaikan harga barang setiap perayaan dan tahun baru sebanyak 5 sen, 10sen dan 20sen tidak membenkan rakyat itu haruslah diberhentikan. Kami rakyat tahu dan faham kenaikkan itu membenkan kami. Sebagai rakyat ada dalam kalangan kami sbeberapa buah keluarga mempunyai 10 orang anak tidak bekerja dan tercicir dari arus persekolehan kebetulan ibu bapa kami juga tidak bekerja dan menumpang di tanah keluarga. Bayangkan dengan kenaikkan harga barang - barang tersebut adakah tidak membebankan kami? Bagi YB naik atau tidak bukan persoalan utama dan tidak membebankan YB. YB merasmi dan diberi makan setiap ada jemputan dan undangan. YB bukan pernah turun untuk membeli dan meneliti setiap kenaikkan harga barang.
Setiap kali turun untuk berjumpa rakyat YB harus bertanya apa khabar rakyat dengan kenaikkan harga - harga barang? Ada masalah ke yang boleh saya bantu sebagai wakil rakyat kamu?Tidak susah untuk menggembirakan rakyat. Mungkin hanya dengan kata - kata, mungkin dengan doa. Berilah kegembiraan kepada rakyat, kegembiraan itu akan datang kepada YB juga semula. Hidup dan peranan YB biarlah banyak memberi dalam bentuk tunjukajar untuk mengejar dan mendapatkan peluang untuk rakyat bukannya melatih rakyat jadi pengemis misalnya memberi setiap kali turun RM50.00. Sepatutnya tunjuk dan ajar rakyat untuk berusaha mencari sumber ekonomi dan tunjuk serta beri peluang itu kepada yang rakyat yang benar - benar memerlukan supaya ekonomi dan kehidupan serta status rakyat dapat dimartabatkan. Kalau memberi dan menghulur RM50.00 pun tak apa tapi YB kena turun dan pastikan sasaran yang diberi tepat dan memerlukannya. Ada yang diberi warganegara asing dan inilah masalahnya cara dan prosedur serta tujuan memberi RM50.00 itu baik mungkin pada niat YB tapi hakikatnya YB melatih kami jadi pengemis.
Kesimpulannya, Birlah YB memberi kesan pada kami sebagai rakyat. Kami hormat pada YB yang jaga dan angkat martabat kami. Selalu lihat permasalahan kami. Tinggal dan menetap bersama kami dan yang paling penting kami didahulukan dari segi peluang ekonomi,politik dan sosial.. Hidup untuk PRU ke -13. Tapi jika masih juga slogan dulu, kini dan selamanya masih menipu dan mempersendahkan kami, kami sebagai rakyat sudah bersedia untuk berubah dan melakkukan perubahan bukan sahaja dari segi minda tapi perubahan dari segi memilih politi baru, pemimpin baru, jiwa dan semangat baru, roh perjuangan baru lantaran itu semua merupakan harapan baru untuk Sabah baru khususnya, dan Malaysia baru amnya. Bebas dari politik kronisme, rasuah dan ketirisan serta keruntuhan akhlak dalam kalangan pemimpin politik yang menjadi tontotan rakyat.
SALAM MASA UNTUK BERUBAH KEPADA YB dan RAKYAT TERCINTA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan