Jika Pemimpin Yang Berhormat memberi suapan RM50.00 kepada rakyat, mungkin niat YB baik, tapi hakikatnya RM50.00 itu akan susut dan nilainya akan menjadi O. Ini bermakna rakyat dilatih mentalitinya dari jadi pengemis. Dari segi moral dan agama YB melakukan aktiviti kurang bermoral . Kesronokan itu akan hilang jika YB berhenti melakukannya, tapi dosanya kekal kecuali YB taubat Nasuha.
Jadi pemimpin YB sepatutnya memberi didikan, bimbingan dan peluang untuk rakyat untuk mereka sampai ke destinasi apa yang mereka tuju. Misalnya jika memohon sesuatu projek atau perkara dala bidang kuasa YB, bantu dan tunjuk serta beri peluang tersebut. Bukannya ungkupan dungu seperti "Rebutlah peluang yang disediakan oleh kerajaan" . Mana itu peluang kami rebut dan kami kejar?
Khusus untuk rakyat, moral dan harga diri harus dijaga dan dipelihara serta diperingkatkan. Berusaha untuk berubah dan gunakan saluran yang tepat untuk rakyat berjumpa dan bertemu YB bagi menuntut hak dan pembelaan seperti mana yang mereka janjikan "tradisi membela rakyat, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di samping mahu menjadi JUARA RAKYAT.
Isnin, 18 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan