Rabu, 27 Januari 2010

HIDUP BIARLAH BANYAK MEMBERI DARIPADA MENERIMA

Assalamualaikum dan Salam Masa Untuk Berubah khusunya kepada rakan - rakan yang sudih meluangkan masa dan setia mengunjungi blog ini dalam usaha perkongsian idea dan maklumat demi membina akal budi dan sahsiah yang luhur sesuai dengan kehendak agama kita iaitu ciri insan yang berakhlak mulia.

Salah satu ciri yang harus kita jadikan amalan dalam konteks hidup sehari - hari ialah banyakan memberi kepada keluarga khusunya dan jiran serta masyarakat amnya. Maknanya hidup ini lebih bereti sekiranya kita seronok untuk memberi nilai kepada keluarga dan jiran serta komuniti yang kurang berkemampuan. Jenis dan kaedah pemberian itu bergantung pada kemampuan dan kebolehan kita untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Mungkin kita boleh menghulur dan memberi dalam bentuk harta benda dan wang ringgit jika kita ikhlas mengagihkannya lantaran kita merasa empati terhadap kelompok tersebut. Jika tidak disebabkan kita mungkin kekurangan harta benda dan wang ringgit, mungkin kita boleh menyumbang dari aspek nasihat dan bimbingan serta petunjuk pada keluarga, jiran dan komuniti tersebut sekurang - kurangnya kita dapat memberi sesuatu nilai dalam hidup ini kepada mereka yang perlukan pembelaan.

Hidup ini penulis rasakan tidak akan berseri dan bermakna jika ada keluarga, jiran dan komuniti yang masih jauh ketinggalan dalam semua aspek sedangkan kita berada di bersada kejayaan. Ekonomi dan pendapatan kukuh dan makanan, rumah dan kereta ada ,sederahana dan mewah sedangkan di kiri kanan kita masih ada keluarga, jiran dan komunti yang hidup menderita, sengsara dan perit. Kasihan mereka sudahlah pendapatan ekonomi tiada dan sedikit ditambah lagi dengan bilangan anak yang ramai dan tercicit dari alam persekolehan. Seronok ke kita jika melihat pendertiaan, kesengsaraan dan keperitakan hidup mereka?

Kita bernasib baik tidak kaya dan berhartapun tapi ada kereta kecil, ada rumah tempat berteduh berlektrikdan berair paip dan mempunyai anak bekerja di perkhidmatan awam sedangkan mereka segala - galanya kurang dan tidak mencukupi. Marilah kita sama - sama berganding bahu dan empati mengurangkan masalah ini. Kalau bukan jiran cukuplah keluarga sebab mereka saudara kita. Memberi bukan semestinya dengan harta benda dan wang ringgit jika kita juga kurang berkemampuan. Berilah bantuan dalam bentuk senyuman dan motivasi serta tunjuk peluang di mana mereka boleh mendapatkannya.

Kesimpulannya, hidup biarlah memberi dan terus memberi jika berkemampuan kepada mereka yang memerlukan khususnya keluarga, jiran dan komuniti yang kurang dan tidak berkemampuan. Kita didik hati dan perasaan agar lebih sayang dan bantu membantu di antara satu sama lain. Bersedia untuk berubah dan masa untuk berubah daripada menerima kepada yang memberi..... SALAM MASA UNTUK BERUBAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan