Rabu, 13 Januari 2010

TAHUN 2010

Asssalamualaikum dan Salam Masa Untuk Berubah bagi golongan penjawat awam khususnya dan masyarakat pelbagai lapisan amnya.
Sempena tahun 2010 penulis mengajak tuan,puan dan saudara saudari sekalian agar menempuh tahun ini dengan rasa bangga, rasa bersyukur khususnya lantaran usia kita ALLAH panjangkan di samping kesihatan ALLAH pelihara setelah kita berusaha menjaga dan memeliharanya. Apa yang pada tahun ini bukan sahaja azam dan tekad yang bulat yang harus diperbaharui tapi yang lebih bermakna perubahan sikap dan memtaliti. Konsep Masa Untuk Berubah amat sesuai untuk kita untuk mengubah pradigma dan sikap ke arah penambahbaikan. Etika kerja dan amanah harus pikul dan digalas dengan baik. Hubungan dan interaksi diperingkat organisasi harus dijaga dan dibajai dengan penuh kasih sayang dan toleransi. Inilah nilai kasih sayang yang sejati. Bagi golongan yang tidak bekerja di sektor awam, berfikir dan buat perubahan sikap untuk maju kehadapan sesuai dengan kehendak perubahan. Berusaha dengan cara yang terbaik untuk tuntutan hidup. Bagi golongan pelajar jadikan tahun ini sebagai tahun untuk melonjakkan kecemerlangan diri bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum tetapi juga dalam membina potensi diri menjadi anak - anak soleh dan solehah.. SALAM MASA UNTUK BERUBAH 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan