Apa khabar kepada warga pentadbir dan pengurus Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta , Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan pentadbir serta pengurus sekolah? Usaha dan keprihatinan tuan puan untuk merancng dan mengurus serta melaksanakan pelbagai dasar di peringkat organisasi di bawah penyeliaan dan penyelenggaraan tuan, puan itu memanglah harus dipuji dan disokong. Tetapi adakah niat itu betul dan benar-benar memajukan organisasi dan pemikiran staf ke arah membina iklim yang kondusif untuk keseronokan staf yang bekerja lantas membina daya pemikiran mereka untuk sama - sama bekerja dan bertanggungjawab memajukan organisasi.
Tuan dan puan khususnya BOS - BOS yang bergelar BIG BOS, "Untuk membaiki organisasi, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya". Masalah manusia bermula dan berpunca daripada soal hati!.
Justeru, sesuatu masalah yang bersifat dalaman timbul diperingkat organisasi soal hati mesti diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga.
Kurang senang hati, kurang selesa dan prestasi menurun untuk bekerja lebih baik berpunca daripada pokok pangkalnya daripada pentadbir dan pengurus yang lebih retorik dan berpura - pura baik dan mesra percakapannya tapi tindakannnya mencerminkan disebaliknya. Diperingkat pelaksanaan mereka mengamalkan kronisme dan perkauman. Antara beberapa ciri kronisme yang ketara dan sukar dipertikaian ialah:--
- Melantik pegawai atau ketua Jabatan/Bidang bukan berdasarkan ijazahnya, ilmu dalam bidang dan bukan juga kekananan tetapi olek kerana suku kaumnya dan agamanya
- Melantik pegawai atau Ketua Jabatan/Bidang bukan berdasarkan pakar, mahir dan ada ilmu pengetahuan hatta master dalam bidangpun tetapi dilantik berdasarkan suku kaum an agamanya.
-Memberi pengahargaan dan anugerah juga bersandarkan suku kaum terlebih dahulu walaupun budaya dan kerjanya tidak menghasilkan diperingkat Negeri dan kebangsaan
-Melantik AJK mesti kroni dan tidak serta kurang mempercayai bukan suku kaum dan sakatnya
-Hipokrit dan bermuka - muka
-Rasuah dan berlaku penyelewengan lihat banyaknya peruntukan dan anggaran perbelanjaan yang dibekalan oleh kerajaan tetapi keberhasilan projek Institusi dan sekolah nampak kemudian tak nampak, kemudian rosak.
Bagaimana mereka yang bergelar pentadbir dan pengurus?Institusi, IPGM dan sekolah kurang cemerlang dari segi prestasi apa peranan tuan, puan? Institusi, IPGM dan sekolah disiplin teruk pensyarah lesu dan malas serta pelajar teruk dan disiplin merosot apa sebabnya? Salah satu sebabya hari - hari mesyuarat dan tindakan kurang, hari-hari mesyuarat seolah-olah banyak masalah, hari-hari mesyuarat tetapi kesudahannya itu juga idea yang dipakai outoktratik pemimpinnya. Peranan kami cukup cuma untuk anggup kepala apa jadi jadilah..SALAM UNTUK PENTADBIR, ingat dosa dan pahala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan